Hair Loss

6 KEBAIKAN RAWATAN PRP RAMBUT DI MALAYSIA

Bagi mereka yang sudah berusia, kebotakan rambut ataupun kita panggil masalah rambut botak merupakan hal biasa dimana ia hampir terjadi kepada kebanyakan individu. Namun, bagaimana jika anda, anak muda yang baru sahaja memulakan kareer serta sedang meningkat naik dalam kerjaya mahupun perhubungan, mengalami masalah rambut gugur serta rambut nipis ini? Kecewa, sedih, frust serta penat memikirkan masalah ini bukan? Hal ini lagi parah ketika anda memandang kearah cermin dan terpandang pada keadaan rambut anda yang hampir botak. Betul bukan?

 

Sabar! Sabar!, bertenang dulu, jangan khuatir kerana kami ada PENYELESAIANNYA!

 

PERNAHKAN ANDA DENGAR TENTANG PROSEDUR PLATELET-RICH-PLASMA (PRP)?

 

PRP, ataupun Platelet-Rich-Plasma nama saintifiknya merupakan prosedur yang menggunakan sel platelet yang terdapat didalam sel darah manusia. Makanya prosedur ini dilakukan dengan mengekstrak sel platelet dari darah pesakit itu sendiri. Rawatan ini dapat membantu mempercepat proses penyembuhan pada tubuh dan melawan tanda-tanda penuaan di wajah.

Selain pada kulit wajah, teknik PRP ni juga digunakan dibahagian lutut dan juga kulit kepala untuk membantu pertumbuhan anak rambut yang lebih sihat dan kuat. Ya, betul inilah terapi PRP rambut, yang saban hari semakin popular dan mendapat perhatian netizen di seluruh dunia.  

Jika anda tidak pernah mencuba atau menjalani prosedur PRP ini, tidak mengapa kami serba sedikit akan membantu ada untuk memahami tentang prosedur ini. Dalam artikel ini, kami akan kupaskan dengan lebih mendalam konsep PRP, kebaikan prosedur dalam merawat masalah keguguran dan kebotakan rambut. Disamping itu juga kami akan sertakan lokasi pusat kecantikan rambut dan pakar terapi PRP rambut terbaik di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan rawatan estetik ini. 

PRP TIDAKLAH MENAKUTKAN SEPERTIMANA YANG ANDA FIKIR & BAYANGKAN

PRP merupakan rawatan rambut dan rawatan estetik yang menggunakan darah anda sendiri, untuk mendapatkan sel platelet, yang mana ia membantu dalam merangsang penyembuhan, pembaharuan dan pertumbuhan sel. 

Dalam rawatan PRP, ‘growth factor’ yang terdapat pada plasma darah yang diambil dari tubuh anda akan disuntikkan semula pada bahagian tertentu (yang memerlukan) bagi mengatasi pendarahan dan mempercepat proses penyembuhan. 

Rawatan PRP umumnya digunakan dalam bidang ortopedik, olahraga, dan kecantikan. Kebiasaanya, dalam bidang ortopedi dan olahraga, PRP digunakan untuk mengatasi cedera pada tendon, ligamen, dan osteoarthritis, manakala dalam bidang kecantikan, PRP digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur, bekas luka, dan memperbaiki tekstur kulit.

PROSEDUR SUNTIKAN PRP UNTUK MASALAH RAMBUT MENIPIS (ANDROGENIC ALOPECIA)

Langkah-langkah di bawah merupakan prosedur umum untuk menyuntik PRP.

  • Langkah 1 – Proses pengambilan darah
    • Doktor atau pengamal perubatan  akan mengambil sedikit atau menyuntik keluar darah dari lengan pesakit.
  • Langkah 2 – Pemisahan plasma dari sel darah
    • Darah yang disuntik keluar akan dimasukkan ke dalam tiub khas dan kemudian dimasukkan ke dalam mesin centrifuge untuk memisahkan plasma dari komponen lain.
  • Langkah 3 – Persiapan PRP
    • Cecair yang mengandungi faktor pertumbuhan diekstrak dan dipindahkan ke dalam jarum suntikkan.
  • Langkah 4 – Persiapan kawasan rambut atau kulit kepala yang memerlukan rawatan
    • Area yang akan disuntik dibersihkan dengan antiseptik terlebig dahulu bagi memastikan tiada sebarang kotoron serta dapat mengelakkan sebarang masalah atau jangkitan selepas rawatan.
  • Langkah 5 – Suntikan rawatan PRP
    • Doktor akan menyuntik cecair yang mengandungi faktor pertumbuhan pada bahagian kulit kepala yang mengalami penipisan atau botak.
  • Langkah 6 – Pasca rawatan PRP
    • Pesakit mungkin akan mengalami sedikit kemerahan, pembengkakan, atau rasa sakit di bahagian suntikan. Akan tetapi, jangalah risau kesan ini hanya bersifat sementara dan akan berpulih dalam masa beberapa hari atau jam sahaja.

WOW! SEMAKIN BERTAMBAH SEGAK DAN HENSEM SEKARANG!

Dalam dunia rawatan dan prosedur rambut: Rawatan PRP digunakan untuk mengatasi masalah kebotakan atau penipisan rambut. Dengan menyuntik sel PRP ke bahagian kulit kepala, terapi ini membantu meningkatkan aliran darah, merangsang pertumbuhan folikel rambut, memperkuat rambut, menggalakkan kepadatan pertumbuhan rambut, serta membantu mencegah keguguran rambut.

6 MANFAAT PRP RAMBUT

1. Pertumbuhan rambut secara semula jadi

PRP menggalakkan pertumbuhan anak rambut secara semula jadi kerana ia menggunakan darah pesakit itu sendiri. Ini merupakan pilihan yang lebih selamat dan praktikal kerana bahan asalnya diambil dari tubuh sendiri, mengurangkan risiko reaksi alergi atau penolakan.

2. Rasa sakit yang minimum

Dalam rawatan PRP ini, pesakit hanya akan merasai  sakit yang sangat minimal sahaja kerana prosedurnya tidak invasif serta bukan surgeri. Sebelum proses penyuntikan, kawasan yang terlibat akan disapu dengan krim kebas (numbing cream) terlebih dahulu untuk mengurangkan ketidakselesaan ketikan prosedur dilakukan. Jarum yang digunakan untuk penyuntikan PRP biasanya sangat halus, dan kebanyakkan individu melaporkan hanya merasakan sedikit ketidakselesaan atau sensasi kecil selama prosedur. Ini menjadikan PRP pilihan yang cukup tolerable bagi kebanyakan orang. 

3. Hasil rawatan yang tahan lama

Manfaat utama rawatan PRP termasuk hasil rawtatan yang tahan lama serta berpanjangan. Setelah disuntik ke dalam kulit kepala di bahagian rambut menipis, faktor pertumbuhan dalam PRP merangsang regenerasi rambut. Banyak individu yang menjalani terapi PRP mengalami pertumbuhan rambut yang lebih tebal dan sihat, dengan hasil yang dapat dinikmati dalam jangka waktu yang signifikan.

4.  Mengurangkan masalah keguguran rambut di masa hadapan

Dengan merangsang pertumbuhan dan kekuatan folikel rambut, PRP dapat mencegah masalah keguguran rambut dari berterusan. Sel faktor pertumbuhan dalam PRP membantu memperbaiki folikel yang lemah atau rosak. Oleh itu, penggunaan PRP bukan sahaja memberikan solusi untuk masalah kebotakan pada masa sekarang, tetapi juga secara tidak langsung merupakan rawatan pencegahan rambut gugur di masa akan datang.

5. Sesuai untuks semua jenis rambut

Adakah rawatan PRP sesuai untuk jenis rambut anda? Jangan panik! Anda tidak perlu bimbang –  rawtaan PRP sesuai untuk semua jenis rambut. Ini adalah kerana terapi pertumbuhan rambut ini menggunakan faktor pertumbuhan dalam darah pesakit itu sendiri. 

6. Meningkat keyakinan diri

Apabila rambut baru sudah mula tumbuh, menjadikan rambut lebih padat dan anda tampak lebih berseri serta muda, makanya secra tidak langsung ia serba sedikit membantu meningkkan tahap keyakinan diri. Rambut yang sihat dan cantik dapat memberikan impak positif terhadap penampilan, meningkkan rasa yakin dan sihat secara keseluruhan. Manakan tak muda dan good-looking rupanya?

TERTARIK DENGAN TERAPI PRP?

Dalam melakukan prosedur PRP rambut ini, penting untuk memilih doktor yang berpengalaman dan bertauliah serta klinik yang memiliki sijil dan reputasi yang baik. Proses pengambilan darah, pemprosesan PRP, dan penyuntikan semuanya memerlukan ketelitian dan kecekapan untuk mencapai hasil yang optimum. Dengan memilih doktor dan klinik yang berkelayakan, secara tidak sedar ia dapat memastikan keberkesanan dan keselamatan prosedur terapi PRP tersebut.

Ingin membuat janji temu dengan pakar rambut PRP kami di Premier4Him? Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut: Whatsapp/Call: +6012-662-5552 Emel: contactus@premier-clinic.com ataupun kunjungi cawangan Premier Clinic kami di Bangsar Baru, KL City, TTDI, Puchong dan Mont Kiara.

RUJUKAN

https://premier-clinic.com/ms/our-services/prp-jerawat-rambut-gugur-sakit-lutut/

https://www.mawardiyunus.com/2018/04/pengalaman-rawatan-pemulihan-rambut-prp.html

Xedea

Artikel Terkini

MATI PUCUK DAN RAMBUT GUGUR: KAITAN YANG ANDA TIDAK KETAHUI

Rambut gugur - satu masalah yang mungkin nampak kecil, kan? Tetapi bila helai demi helai…

3 bulan ago

DILEMA RAMBUT: FUE ATAU FRM UNTUK RAWATAN RAMBUT GUGUR SAYA?

Sebagai salah seorang antara pakar dalam rawatan rambut gugur dan bidang estetik ini, kami di…

4 bulan ago

ADAKAH MENAHAN KLIMAKS BURUK? BOLEHKAH IA MENYEBABKAN MASALAH EREKSI?

Orgasme merupakan suatu keadaan yang sangat dicari dan ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri yang…

5 bulan ago

NYALAKAN LIGHTSABER ANDA: RAWATAN PEMUTIHAN KULIT DENGAN TEKNOLOGI LASER

Bila kita sebut tentang lelaki idaman anda, apakah persepsi pertama yang akan muncul di minda…

6 bulan ago

BOLEHKAN LELAKI DENGAN MASALAH MATI PUCUK TETAP MELANCAP? | DOKTOR MENJAWAB

Pernah dengar apa itu melancap? Melancap atau mungkin lebih dikenali sebagai onani atau masturbasi ini…

7 bulan ago

RAWATAN RAMBUT BOTAK BAHAYA? KENALPASTI RISIKO DAN SELAMATKAN RAMBUT ANDA

Adakah proses menumbuhkan rambut yang botak semudah yang kita sangkakan? Adakah ia semudah seperti ia…

8 bulan ago

This website uses cookies.