Adakah anda mula perasan rambut semakin menipis atau gugur? Bagi mereka yang sudah berusia lanjut, keguguran rambut merupakan hal biasa. Namun, bagaimana jika kamu masih muda dan mengalami keguguran rambut yang membuat rambut menipis? Tentu anda selalu rasa cemas, gelisah dan sangat STRESS, kan?
Rawatan PRP – rawatan rambut gugur lelaki dan wanita yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan menjadi penyelamat bagi ramai yang ingin mendapatkan semula rambut yang lebat dan sihat. Doktor biasanya menggunakan teknik ini untuk mengatasi rambut gugur kerana androgenic alopecia, iaitu keadaan rambut gugur akibat masalah hormonal. Jom kita fahami dahulu perawatan PRP rambut dan 6 kebaikan rawatan PRP rambut yang mungkin menjadi penyelesaian untuk masalah rambut anda!
Rawatan PRP adalah singkatan dari Platelet-Rich Plasma atau Plasma Kaya Trombosit. ini adalah teknik inovatif yang menggunakan darah anda sendiri untuk merangsang pertumbuhan rambut.
Proses Suntikan PRP untuk Masalah Rambut Menipis:
1) Pemprosesan Darah:
Darah yang diambil diproses dalam mesin khas (centrifuge) untuk memisahkan platelet dan faktor pertumbuhan daripada komponen darah lain.
2) Pengasingan Plasma Kaya Platelet:
Mesin sentrifugasi memutar darah untuk mengasingkan tiga lapisan:
Agar prosedur ini berhasil, lapisan plasma kaya trombosit akan dipindahkan ke dalam jarum suntik dan disuntikkan ke kulit kepala anda.
3) Penyuntikan ke Kulit Kepala:
Plasma kaya platelet disuntik ke kawasan kulit kepala yang mengalami keguguran rambut atau yang memerlukan rangsangan pertumbuhan.
4) Merangsang Pertumbuhan Rambut:
Plasma kaya trombosit ini mengandung faktor pertumbuhan yang dapat membantu merangsang folikel rambut yang tidak aktif, meningkatkan aliran darah ke folikel rambut yang akhirnya membantu proses regenerasi rambut baharu.
5) Pemulihan dan Hasil:
Rawatan ini memerlukan sedikit masa pemulihan dan hasil biasanya dapat dilihat dalam beberapa minggu hingga beberapa bulan, dengan rambut yang lebih lebat, sihat, dan kuat.
Rawatan PRP rambut tidak hanya bertujuan untuk merangsang pertumbuhan rambut, tetapi juga memberikan berbagai manfaat lain yang penting untuk kesihatan rambut. Berikut merupakan beberapa manfaat rawatan PRP rambut yang perlu anda ketahui, antaranya:
Fungsi utama rawatan PRP rambut ialah merangsang pertumbuhan rambut baru. Trombosit (plasma) yang terkandung dalam plasma kaya trombosit merangsang pertumbuhan rambut baru dengan meningkatkan aliran darah ke folikel rambut dan memberikan nutrisi tambahan melalui faktor pertumbuhan dalam plasma trombosit.
Rawatan PRP efektif mengatasi masalah rambut keguguran atau mengurangi kebotakan pada kawasan tertentu di kepala akibat faktor seperti perubahan hormon, stres, atau diet makan yang tidak sihat.
Folikel rambut yang rosak atau lemah menjadi penyebab utama rambut gugur secara berterusan. Rawatan rambut PRP dapat membantu memperbaiki kerosakan pada folikel rambut dan memperkuat rambut yang rapuh atau terkikis, seterusnya menghasilkan rambut yang lebih sihat dan tebal.
Selain mengatasi masalah rambut gugur, rawatan PRP juga memberikan kesan positif pada kulit kepala. PRP membantu menurunkan peradangan yang menyebabkan masalah kulit kepala, seperti iritasi.
Rawatan PRP juga dapat meningkatkan kualiti rambut yang ada. PRP meningkatkan ketebalan dan kepadatan rambut sedia ada, serta membantu rambut menjadi lebih kuat, tebal, lebat dan penuh.
Prosedur rawatan PRP ini adalah non-invasif, yang bermaksud ia tidak melibatkan sebarang pemotongan kulit kepala. Rawatan ini tidak memerlukan pembedahan, jadi tiada luka atau parut yang perlu dirawat.
Proses rawatan ini cepat dan tidak memerlukan masa pemulihan yang panjang, menjadikannya sesuai untuk individu yang sibuk. Rawatan PRP boleh dilakukan semasa waktu rehat kerja anda, kerana ia hanya mengambil masa sekitar satu jam. Selain itu, rawatan ini tidak memerlukan tempoh pemulihan yang lama, membolehkan anda kembali menjalani aktiviti harian seperti biasa sebaik sahaja selesai rawatan. Namun, bagi memastikan pemulihan yang optimum, anda disarankan untuk mengelakkan aktiviti seperti sauna, berenang, dan sebarang aktiviti yang menyebabkan peluh berlebihan selama 48 hingga 72 jam selepas rawatan.
Menggunakan darah sendiri, rawatan PRP mengurangkan risiko alergi dan kesan sampingan.
Rawatan PRP merupakan salah satu pilihan rawatan untuk masalah rambut botak yang ditawarkan di klinik estetik Premier4Him. Jika anda mencari alternatif sebelum menjalani rawatan pemindahan rambut FUE, rawatan PRP adalah pilihan terbaik untuk anda. Ia lebih berpatutan berbanding rawatan pemindahan rambut FUE, terutamanya jika masalah keguguran rambut anda masih dalam keadaan terkawal.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai punca keguguran rambut, kesannya, serta hasil rawatan PRP, sila hubungi pegawai khidmat pelanggan kami.”
Kajian pada tahun 2019 yang diterbitkan dalam International Journal of Women’s Dermatology menunjukkan bahawa PRP merupakann salah satu rawatan yang efektif untuk mengatasi penipisan rambut, khususnya dalam kes androgenic alopecia. Dalam kajian ini, 262 peserta diuji dengan rawatan PRP, dan hasilnya menunjukkan peningkatan ketara dalam mengurangkan keguguran rambut, meningkatkan ketebalan rambut, dan meningkatkan kepadatan rambut.
Namun, perubahan ini memerlukan masa, biasanya sekitar 6 hingga 12 bulan selepas rawatan untuk melihat hasil yang ketara. Keberkesanan rawatan PRP bergantung pada beberapa faktor, termasuk:
Secara umumnya, doktor akan mengambil 2-12 cc plasma darah dari pesakit, yang kemudiannya disuntik semula ke bahagian kulit kepala.
Tempoh rawatan PRP bergantung kepada beberapa faktor, sama seperti penggunaan ubat oral seperti finasteride atau ubat topikal minoxidil. Secara umum, untuk melihat hasil yang jelas, anda perlu menjalani rawatan selama 6 hingga 12 bulan, dengan suntikan dilakukan setiap dua minggu sekali. Setelah masalah keguguran rambut anda terkawal dan pertumbuhan rambut bertambah baik, anda boleh berhenti menjalani rawatan PRP.
Hasil rawatan rambut PRP benar-benar luar biasa jika dibandingkan dengan betapa mudahnya prosedur ini.
Selepas hanya beberapa bulan, anda akan melihat perbezaan dalam jumlah rambut yang rontok dan tumbuh secara serentak.
Ia memberikan harapan kepada kita yang tidak mahukan pembedahan transplantasi rambut dan mencari penyelesaian yang kurang invasif tetapi berkesan untuk mengatasi masalah keguguran rambut.
Ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai rawatan PRP atau rawatan tanam rambut FUE – rawatan rambut botak? Anda boleh datang dan berjumpa doktor kami untuk sesi perbincangan tanpa sebarang komitmen untuk mendapatkan rawatan ini. Kami bersedia menjawab panggilan anda dari 8am hingga 10 malam SETIAP HARI.
Hubungi kami untuk sebarang persoalan:
Whatsapp: https://wa.me/60106621332
Hubungi: +60102-662-1332 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Saat kalendar berganti tahun dari 2024 kepada 2025, adakah anda sudah merenungkan perjalanan anda dan…
Rambut gugur - satu masalah yang mungkin nampak kecil, kan? Tetapi bila helai demi helai…
Sebagai salah seorang antara pakar dalam rawatan rambut gugur dan bidang estetik ini, kami di…
Orgasme merupakan suatu keadaan yang sangat dicari dan ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri yang…
Bagi mereka yang sudah berusia, kebotakan rambut ataupun kita panggil masalah rambut botak merupakan hal…
Bila kita sebut tentang lelaki idaman anda, apakah persepsi pertama yang akan muncul di minda…
This website uses cookies.