DILEMA RAMBUT: FUE ATAU FRM UNTUK RAWATAN RAMBUT GUGUR SAYA?
Sebagai salah seorang antara pakar dalam rawatan rambut gugur dan bidang estetik ini, kami di Premier Clinic sudah melihat pelbagai bentuk dan jenis keadaan serta masalah berkaitan rambut. Hai ini kerana, setiap individu itu sendiri bersifat unik, maka setiap masalah juga bersifat unik dan berbeza.
Kian hari, kami dan mungkin juga anda sendiri dapat melihat semakin ramai lelaki mahupun wanita yang sering memakai topi dengan riak wajah risau di muka mereka. Kita mungkin tertanya tanya apakah sebenarnya berlaku? Begitu juga dengan pelanggan kami, jumlah mereka yang mengenakan topi semakin meningkat. Yang membezakan adalah mereka mempunyai masalah rambut gugur banyak dan mungkin juga kebotakan. Ia juga dikenali sebagai alopecia androgenic.
Wanita juga terdedah untuk mengalami masalah alopecia androgenetik; dalam kes ini, ia dirujuk sebagai kebotakan corak wanita. Walau bagaimanapun, untuk tujuan artikel kita pada edisi ini, kami akan mengupas dengan lebih mendalam dua jenis treatment rambut gugur banyak yang paling popular di Premier4Him serta prosedurnya. Yang mana satu lebih sesuai, padu dan memberi impak terbaik untuk anda? Anda pulih pilih dan tentukan sendiri. TETAPI tunggu dulu, mari kita kupaskan satu per satu terlebih dahulu.
Jom baca!
SEDAR TAK SEDAR SEMAKIN RAMAI LELAKI DI MALAYSIA YANG MAKIN HILANG RAMBUT MEREKA?
Mulai saat ini, bila anda lepak di mamak, cuba anda perhatikan (dan kira juga) berapa ramai lelaki diluar sana yang semakin botak. Anda pasti tidak mahu termasuk dalam kategori ini, dan kekal tampak bergaya dan hensem dengan rambut yang lebat dan sihat.
Untuk tujuan inilah, kami di Premier Clinic memperkenalkan rawatan pemindahan rambut bagi memulihkan pertumbuhan rambut di kawasan yang terjejas. Mari kami jelasakan dengan lanjut mengenai rawatan ini.
BAGAI SATU ‘WAKE-UP CALL BAGI KULIT KEPALA ANDA!
Fractional Radiofrequency Microneedling (FRM)
RF microneedling merupakan kombinasi berkesan antara teknologi radiofrequensi dan microneedling. Di Premie4Him, kami merangsang pertumbuhan rambut dengan menggabungkan dua teknik yang powerful ini.
Jarum-jarum mikro mencipta saluran kecil di kulit kepala, sementara tenaga radiofrequency memanaskan lapisan yang lebih dalam. Gabungan ini merangsang pengaliran darah dan pengeluaran kolagen serta mengaktifkan folikel rambut yang tidak aktif – seperti “Hei, bangun dan buat kerja anda yang sepatutnya!”
Biasanya, pakar akan memulakan prosedur dengan membersihkan kawasan rawatan terlebih dahulu, diikuti dengan memberikan sedikit anestetik pada kulit kepala atau kawasan yang memerlukan rawatan pertumbuhan rambut. Setelah persediaan selesai, rawatan microneedling dimulakan dengan menggunakan alat khas yang dilengkapi jarum halus untuk mencipta micro-injury pada kulit kepala.
Proses yang hanya mengambil masa 45 minit saja, apabila digabungkan dengan tenaga radiofrequency, dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan tersebut dan merangsang proses penyembuhan semula jadi, sekaligus mendorong pengeluaran kolagen dan elastin.
Di Premier4Him, kami telah melihat pelanggan mencapai rambut yang lebih tebal dan penuh hanya selepas beberapa sesi dengan treatment rambut gugur ini..
SEMACAM, KILLING TWO BIRDS WITH A STONE
Selain itu, tahukah anda, microneedling juga meningkatkan penyerapan ubat topikal seperti minoxidil, atau serum rawatan rumbut untuk penebalan rambut? Menggabungkan microneedling dengan minoxidil terbukti lebih berkesan berbanding rawatan tunggal, kerana proses jarum membantu membuka halangan kulit, membolehkan penghantaran ubat yang lebih mendalam ke dalam kulit.
Kalau anda dah mula rasa teruja dengan FRM ini, marilah kita kupas mengenai FUE pula.
TANAM RAMBUT TU, SEBENARNYA JUGA TANAM BALIK HARAPAN DAN HARGA DIRI
Follicular Unit Extraction (FUE)
Hair transplant, atau prosedur ‘tanam rambut’ merupakan teknik saintifik yang paling canggih untuk pemindahan rambut, juga prosedur yang semakin popular untuk rawatan kebotakan rambut di Premier4Him. Ia tidak memerlukan pisau bedah ataupun jahitan.
Folikel rambut yang sihat diambil dari kawasan rambut yang lebat seperti belakang kepala dan ditanam pada kawasan rambut gugur banyak. Satu demi satu rambut ditarik keluar, dan ditanam ke kawasan rambut botak.
Pastikan anda tahu perbezaan kos untuk satu rambut (kos/rambut) dengan kos untuk satu folikel rambut atau graft (kos/graf). Selalunya, klinik akan menyebut harga secara kos / folikel rambut atau graft. Satu ‘graf’ mempunyai 2 -3 rambut. Sebagai contoh, kos untuk 500 graf (folikel rambut) adalah berbeza dengan kos untuk 500 rambut. Pastikan anda mendapat penjelasan daripada klinik atau doktor supaya tidak keliru mengenai treatment rambut gugur ini..
RASA BERBALOI TAK JIKA DAPAT KEMBALIKAN MAHKOTA ANDA?
Di Premier Clinic, kami menawarkan rawatan tanam rambut pada harga RM4.00 untuk sehelai satu rambut, dengan minimum 500 graf dalam satu sesi. Kebiasaannya, rawatan tanam rambut FUE ini akan menelan kos sebanyak RM 6,000 sehingga RM20,000 per sesi, bergantung kepada faktor-faktor seperti tahap kebotakan rambut anda dan berapa rambut yang perlu ditanam.
Walaupun proses rawatan rambut gugur dan nipis ini mungkin mengambil masa yang lama, kebanyakan pesakit hanya memerlukan 1 sesi sahaja. Namun, ini bergantung kepada keadaan rambut anda dan apa yang anda perlukan. Doktor akan berbincang dengan anda tentang kos, masalah dan apa yang anda mahukan sebelum proses ini bermula.
Hair transplant adalah prosedur perubatan yang rumit dan memerlukan pengalaman yang banyak. Doktor yang mengendalikan rawatan haruslah diiktiraf, berpengalaman dan bertauliah.
ANDA TIDAK PERLU HIDUP DENGAN KEBOTAKAN
Sukar untuk meramalkan bila anda atau orang yang anda sayangi mungkin mengalami keguguran rambut, atau betapa teruknya keadaan tersebut. Kebotakan corak lelaki mungkin tidak mengancam nyawa, tetapi permulaan botak secara tiba-tiba boleh menjejaskan harga diri dan keyakinan seseorang, terutamanya jika mereka mungkin agak muda apabila ia berlaku. Ia boleh menyebabkan sesetengah lelaki merasakan bahawa mereka tidak lagi menarik kepada wanita.
Premier4Him terdiri daripada pasukan yang terlatih di peringkat antarabangsa dan sentiasa mengikuti perkembangan terbaru dalam bidang perubatan estetik.
Inginkan lebih maklumat tentang rawatan tanam rambut FUE dan FRM? Anda boleh datang dan berjumpa doktor kami untuk sesi perbincangan tanpa sebarang komitmen untuk mendapatkan rawatan ini. Kami bersedia menjawab panggilan anda dari 8am hingga 12 tengah malam SETIAP HARI.
Atau, anda juga boleh datang ke mana-mana cawangan kami di Mont Kiara untuk sesi konsultasi untuk mengetahui penyebab rambut dan penyelesaian kepada maslah ini. Hubungi kami untuk sebarang persoalan:
Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com