Manhood

MATI PUCUK DAN RAMBUT GUGUR: KAITAN YANG ANDA TIDAK KETAHUI

Rambut gugur – satu masalah yang mungkin nampak kecil, kan? Tetapi bila helai demi helai mula luruh, ia boleh bertukar menjadi igauan ngeri setiap hari, membuatkan seseorang lelaki atau mana mana jejaka di luar sana sukar untuk fokus pada perkara lain. Setiap kali mereka melihat cermin, rasa bimbang mula menghantui – “Aduh, makin botak! Kalau botak habislah rupa aku”. Bukan saja penampilan semakin berubah, tetapi keyakinan diri mula runtuh, hingga rasa malu untuk berdepan dengan orang sekeliling. 

Pada masa yang sama, lemah tenaga batin atau mati pucuk (ED) — satu masalah yang mungkin tidak banyak diceritakan oleh kaum lelaki di Malaysia, tetapi sebenarnya 7 daripada 10 lelaki mungkin mengalaminya. Walaupun ramai yang memilih untuk berdiam diri, hakikatnya ia adalah isu yang boleh menjejaskan hubungan, rasa malu dan tahap keyakinan diri ketika di ranjang.

Kedua-dua masalah inis jika dilihat secara general mungkin tidak berkaitan langsung, kan? Namun, tahukah anda, walaupun nampak seperti dua masalah yang berbeza, ada kemungkinan yang ia sangat berkait rapat antara satu sama lain yang mana anda juga tidak jangka?

Mari kita bincang dan dalami bagaimana hormon dan faktor lain boleh memainkan peranan dalam perkaitan ini.

 

 

HORMON ADALAH PUNCANYA!

DHT (Dihydrotestosterone) dan Rambut Gugur

Salah satu punca utama masalah rambut gugur pada lelaki adalah kerana tahap DHT yang tinggi. DHT, yang terhasil daripada testosteron, boleh mengecutkan folikel rambut, menyebabkan rambut semakin nipis dan akhirnya gugur. Inilah sebab utama ramai lelaki mengalami male pattern baldness, iaitu keguguran rambut yang bermula di dahi dan bahagian tengah kepala.

Pengumpulan atau peningkatan DHT dalam tubuh badan berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang menyebabkan peningkatan testosteronsecara berlebihan termasuklah:

  • Sindrom Cushing yang mempengaruhi fungsi kelenjar pituitari
  • Tumor adrenal (benign atau kanser)
  • Hiperplasia adrenal kongenital
  • Penggunaan ubat-ubatan seperti fluoxymesterone (Halotestin)
  • Penggunaan steroid anabolik
  • Suplemen testosteron

 

Testosteron dan Mati Pucuk (ED)

Testosteron adalah hormon yang memainkan peranan penting dalam fungsi seksual lelaki. Apabila tahap testosteron rendah, ia boleh mengganggu ereksi dan menyebabkan lemah tenaga batin. Masalah ini sering berlaku apabila usia meningkat, tetapi gaya hidup dan kesihatan juga boleh mempengaruhinya.

 

Kaitan Antara DHT dan Mati Pucuk (ED)

Tahap DHT yang tinggi bukan sahaja mempengaruhi rambut, tetapi juga boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam badan. Apabila tahap DHT meningkat, ia boleh menjejaskan fungsi testosteron, yang secara langsung boleh menyebabkan masalah lemah tenaga batin. Jadi, hormon yang sama boleh mempengaruhi dua masalah yang kelihatan tidak berkaitan.

 

 

ADAKAH UBAT-UBATAN ATAU SUPPLEMEN MEMAINKAN PERANAN YANG BESAR?

Rawatan Rambut Gugur dan Kesan Sampingan

Ubat seperti finasteride atau sesetengahnya mengenalinya sebagai finapecia, yang mana digunakan untuk merawat keguguran rambut, bertindak dengan mengurangkan tahap DHT dalam tubuh badan. Secara klinikal ubat ini dapat membantu menyelamatkan masalah rambut dimana in mengurangkan tahap testoterone, akan tetapi ada kes di mana ia menyebabkan kesan sampingan seperti lemah tenaga batin. Ini kerana pengurangan DHT juga boleh menjejaskan tahap testosteron yang diperlukan untuk fungsi seksual yang normal. 

 

MAHU PILIH SELAMATKAN RAMBUT ATAU TAMBAHKAN TENAGA BATIN?

Jangan bimbang, kini anda tidak lagi perlu memilih!

Jika anda menggunakan sebarang ubat untuk rambut gugur tetapi bimbang tentang kesan sampingan seperti ED, penting untuk berbincang dan berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Pakar perubatan boleh membantu anda mencari keseimbangan yang sesuai antara merawat rambut gugur dan mengelakkan masalah lemah tenaga batin. Klinik seperti Premier4Him menawarkan pelbagai pilihan rawatan yang menyasarkan kedua-dua masalah seperti rawatan mati pucuk, memastikan anda boleh menjaga kesihatan rambut dan fungsi seksual secara serentak. 

 

 

APAKAH FAKTOR RISIKO YANG DIKONGSI BERSAMA OLEH MASALAH RAMBUT GUGUR DAN ED?

Sebelum itu, mari kita selami faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kedua-dua masalah rambut gugur dan lemah tenaga batin ini, antaranya:

  • Usia: Semakin meningkat usia, semakin besar risiko rambut gugur dan mati pucuk.
  • Gaya Hidup: Pemakanan tidak seimbang, kurang bersenam, dan merokok boleh memburukkan kedua-dua masalah ini.
  • Kesihatan Dalaman: Masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi juga boleh mempengaruhi hormon yang penting untuk rambut dan fungsi seksual.
  • Tekanan: Stres bukan sahaja mempercepatkan keguguran rambut, tetapi juga boleh menyebabkan mati pucuk.

Untuk menangani masalah yang biasa dialami kaum lelaki ini seperti “Entah kenapa susah nak ‘bangun’ sekarang ni” dan “Tak lama lagi botak habis ni”, penting untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Amalkan pemakanan seimbang, bersenam secara berkala, dan cuba uruskan tekanan dengan lebih baik. 

 

PENAWARNYA? SUDAH TENTULAH PREMIER4HIM

Masalah rambut gugur dan lemah tenaga batin (ED) sering kali dianggap sebagai isu yang berasingan, tetapi sebenarnya, kedua-duanya berkait rapat. Rambut gugur, terutamanya disebabkan oleh tahap DHT yang tinggi, menunjukkan ketidakseimbangan hormon yang juga mempengaruhi fungsi seksual. Testosteron, yang penting untuk kedua-dua pertumbuhan rambut dan fungsi seksual, boleh menjadi faktor utama dalam masalah ED. Keseimbangan hormon yang terganggu akibat tahap DHT yang tinggi boleh menjejaskan kedua-dua masalah ini.

Kalau anda seorang yang mahukan rawatan yang cepat, senang dan efektif, kunjungilah Premier4Him, klinik estetik terkemuka yang khusus yang menawarkan pelbagai pilihan rawatan untuk menangani masalah ini secara serentak. 

Untuk rambut gugur, Premier4Him menyediakan rawatan seperti PRP (Platelet-Rich Plasma), terapi laser rambut, dan rawatan penanaman rambut. Manakala, untuk rawatan lemah tenaga batin (ED), klinik ini menawarkan rawatan seperti terapi hormon, penyuntikan platelet plasma (PRP) untuk ED, dan penyelesaian perubatan seperti ubat-ubatan preskripsi. 

Premier4Him menggunakan teknologi terkini dan kepakaran profesional untuk memastikan anda mendapatkan rawatan yang berkesan dan mengembalikan keyakinan diri. Jadi, jika anda mahu rambut anda tumbuh balik dengan sihat dan banyak, ataupun anda mahu ‘adik’ anda sentiasa senang nak ‘bangun’, Premier4Him adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang prosedur ini, sila hubungi klinik pakar lelaki kami di:

 

Whatsapp: https://wa.me/60106621332
Call: +6010-662-1332
Email: contactus@premier-clinic.com

 

References:

https://www.premier-clinic4him.com/bm/cara-mendapatkan-rawatan-transplan-rambut-di-kuala-lumpur/

https://www.premier-clinic4him.com/bm/rawatan-rambut-botak-bahaya-kenalpasti-risiko-dan-selamatkan-rambut-anda/

 

Xedea

Artikel Terkini

DILEMA RAMBUT: FUE ATAU FRM UNTUK RAWATAN RAMBUT GUGUR SAYA?

Sebagai salah seorang antara pakar dalam rawatan rambut gugur dan bidang estetik ini, kami di…

4 bulan ago

ADAKAH MENAHAN KLIMAKS BURUK? BOLEHKAH IA MENYEBABKAN MASALAH EREKSI?

Orgasme merupakan suatu keadaan yang sangat dicari dan ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri yang…

5 bulan ago

6 KEBAIKAN RAWATAN PRP RAMBUT DI MALAYSIA

Bagi mereka yang sudah berusia, kebotakan rambut ataupun kita panggil masalah rambut botak merupakan hal…

6 bulan ago

NYALAKAN LIGHTSABER ANDA: RAWATAN PEMUTIHAN KULIT DENGAN TEKNOLOGI LASER

Bila kita sebut tentang lelaki idaman anda, apakah persepsi pertama yang akan muncul di minda…

6 bulan ago

BOLEHKAN LELAKI DENGAN MASALAH MATI PUCUK TETAP MELANCAP? | DOKTOR MENJAWAB

Pernah dengar apa itu melancap? Melancap atau mungkin lebih dikenali sebagai onani atau masturbasi ini…

7 bulan ago

RAWATAN RAMBUT BOTAK BAHAYA? KENALPASTI RISIKO DAN SELAMATKAN RAMBUT ANDA

Adakah proses menumbuhkan rambut yang botak semudah yang kita sangkakan? Adakah ia semudah seperti ia…

8 bulan ago

This website uses cookies.