Penyebab Kehilangan Rambut Lelaki: 5 Faktor Penting yang Perlu Diketahui
Syoknya mandi dengan air sejuk ditambah lagi dengan cuaca yang panas sekarang, tetapi rasa syok itu sering bertukar menjadi sayu bila lihat rambut gugur teruk di bilik air!
Kadang-kadang sampai takut nak tengok sikat kerana banyaknya rambut yang melekat.
Masalah rambut gugur teruk ini pastinya merisaukan, terutamanya bagi individu yang masih muda dan ingin menjaga imej diri mereka.
Sebelum kita menyelami dengan lebih mendalam punca rambut gugur teruk, penting untuk anda tahu, kenapa kami berminat untuk mengupas isu ini dengan lebih terperinci.
PENTINGKAH MEMAHAMI PUNCA RAMBUT GUGUR PADA KAUM LELAKI?
Ya, sangat penting. Memahami punca rambut gugur membolehkan anda mengenal pasti faktor sebenar yang menyumbang kepada rambut nipis dan masalah kehilangan rambut. Dengan mengetahui penyebab rambut gugur lelaki, anda dapat memilih cara merawat rambut gugur yang berkesan dan sesuai.
Lebih awal anda memahami faktor rambut gugur, lebih mudah untuk mengambil tindakan pencegahan dan rawatan. Ini juga memudahkan anda mencari rawatan rambut botak yang berkesan di klinik rambut gugur yang pakar.
APAKAH JENIS RAMBUT GUGUR ANDA? CEK SEKARANG
Rambut gugur teruk boleh terjadi dalam pelbagai cara. Berikut adalah tanda-tanda dan jenis penyebab rambut gugur lelaki:
- Rambut semakin nipis sedikit demi sedikit
Ini adalah jenis keguguran rambut yang paling biasa berlaku dengan peningkatan usia. Rambut nipis perlahan-lahan menjadi lebih ketara dan memerlukan perhatian segera.
- Tompok botak di atas kepala
Biasanya berbentuk bulat atau tiada bentuk yang jelas, masalah rambut depan menunjukkan punca rambut gugur akibat alopecia atau faktor genetik.
- Rambut gugur secara tiba-tiba
Jenis keguguran rambut ini menyebabkan penipisan rambut secara menyeluruh, bukan sekadar botak bertompok.
KENAPA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS NI?
Ada beberapa faktor rambut gugur yang perlu diberi perhatian. Mari kita lihat punca rambut gugur yang utama.
Namun tahukah anda, pengambilan ubatan tertentu juga boleh menjadi punca kepada masalah rambut gugur? Jom baca!
- Sejarah Keluarga (Keturunan)
Penyebab rambut gugur lelaki akibat genetik, atau dikenali sebagai alopecia androgenetik, adalah faktor yang paling biasa. Keadaan ini mempengaruhi corak kebotakan lelaki dan wanita. Sebagai contoh, Prince William mengalami kebotakan jenis ini dan dinobatkan sebagai Lelaki Botak Terseksi pada 2023.
- Hormon yang Tidak Stabil
Hormon seperti dihydrotestosterone (DHT) boleh menyebabkan rambut gugur teruk apabila tahapnya melebihi normal. DHT berlebihan dapat merosakkan folikel rambut dan menghalang pertumbuhan rambut baru, menjadi penyebab rambut gugur lelaki yang kerap.
- Diet
Kekurangan protein dalam diet boleh menjadi salah satu punca rambut gugur. Badan anda mungkin mengutamakan penggunaan protein untuk fungsi badan lain dengan menghentikan pertumbuhan rambut. Tips jaga rambut lelaki termasuk memastikan diet seimbang dengan cukup protein dan nutrien penting.
- Terlalu Stres dan Gaya Hidup
Tekanan fizikal atau emosi juga boleh menjadi faktor rambut gugur. Situasi ini boleh mengganggu kitaran pertumbuhan rambut dan menyebabkan penipisan. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, dan tidur yang tidak mencukupi juga boleh memperburuk keadaan rambut.
Jangan cakap stress, kalau anda jenis yang suka merokok, peminat alcohol, dan suka tidur lewat atau kurang tidur, anda pun boleh hilang rambut, tahukah anda?
- Kesan Ubat Tertentu
Penggunaan ubat tertentu seperti ubat cair darah, beta-blockers, dan kemoterapi boleh menjadi punca rambut gugur. Sekiranya anda mengambil ubat untuk rawatan penyakit serius seperti kanser atau masalah jantung, pastikan anda berbincang dengan doktor mengenai kemungkinan kesan sampingan ini.
DAH CUBA PELBAGAI PRODUK DAN RAWATAN TAPI MASIH TIADA PERUBAHAN?
Jangan panik! Cara merawat rambut gugur harus disesuaikan dengan jenis keguguran dan kondisi pesakit. Berikut adalah beberapa pilihan masalah rawatan rambut botak yang disarankan:
- Minoxidil: Sesuai untuk rawtan awal kebotakan, merangsang pertumbuhan folikel dan anak rambut baru. Maka, ianya sangat sesuai untuk anda yang baru sahaja mengalami masalah botak di bahagian kepala.
- Finasteride: Pada awalnya ubat digunakan untuk merawat masalah prostat, akan tetapi preskripsi ubat ini juga boleh digunakan pada mereka yang mengalami masalah botak, terutamanya jenis androgenik alopecia.
- Transplantasi Rambut: Dikenali juga sebagai rawatan Tanam Rambut FUE, rawatan ini dilakukan dengan mengambil rambut dari bahagian donor area (kawasan folikel rambut aktif), diproses dan ditanam semula di bahagian yang memerlukan rambut atau botak.
- Rawatan laser: Penggunaan cahaya laser merangsang pertumbuhan folikel rambut, seterusnya menguatkan rambut dari akar. Ia turut meningkatkan peredaran darah di kawasan tersebut, membawa lebih banyak nutrien dan oksigen ke folikel rambut.
Bacalah artikel kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai harga tanam rambut dan kaedah rawatan rambut yang ditawarkan oleh klinik estetik.
LAGI AWAL ANDA BERTINDAK, LAGI BANYAK RAMBUT DAPAT DISELAMATKAN
Rasa kurang yakin, pendiam, atau selalu menyembunyikan kepala dengan topi? Jangan risau! Di Premier4Him, kami menyediakan cara merawat rambut gugur melalui pelbagai rawatan rambut botak seperti teknik Follicular Unit Extraction (FUE), terapi exosome, dan rawatan laser rambut.
Kami terkenal dengan rawatan yang memberikan hasil memuaskan, dan banyak selebriti juga mempercayai kami untuk mengatasi punca rambut gugur mereka.
Dapatkan tips jaga rambut lelaki dan rawatan profesional dengan menghubungi pakar kami di Premier4Him untuk konsultasi lanjut.
Whatsapp: https://wa.me/60106621332
Call: +6010-662-1332
Email: contactus@premier-clinic.com