Mengapa Memilih Klinik Sunat Yang Sesuai Adalah Penting?
Kebiasaannya, kalau bersembang antara sesama lelaki, tiada isu atau topik yang disorokkan. Perkara yang serius pun boleh bertukar menjadi bahan ketawa, manakala yang biasa boleh bertukar menjadi serius. Tetapi dalam isu yang satu ini, lain pula halnya.
Apabila menyentuh perihal berkaitan berkhatan atau bersunat, kebanyakan kaum lelaki merasakan perkara itu terlalu peribadi. Jika ingin mengatakan khatan atau sunat disebabkan kebersihan tidak juga, kerana lebih daripada separuh lelaki di dunia ini tidak bersunat. Kita tidak boleh mengatakan mereka tidak bersih.
Amalan bersunat kini bukan hanya dilakukan oleh orang Islam, malah ramai lelaki yang bukan-Islam turut melakukannya, bukan hanya tuntutan agama malah kerana kelebihan dan kebaikan yang ada.
Pernahkan anda berfikir untuk berkhatan?
Adakah proses, penyembuhan dan dan hasil kosmetiknya membimbangkan anda?
MUNGKINKAH ANDA SEKARANG SEDANG MENCARI KLINIK BERKHATAN & BERSUNAT DEWASA LELAKI YANG SESUAI?
Ini yang perlu anda tahu.
Khatan atau sunat dewasa tidak boleh dilakukan oleh doktor sebarangan.
Walaupun kebaikan berkhatan dari sudut perubatan mengatasi risikonya, namun masih terdapat risikonya jika anda tidak berwaspada dalam pencarian doktor sunat anda.
Terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan apabila mencari klinik sunat yang sesuai.
Antaranya:
ADAKAH KLINIK SUNAT ITU BERDAFTAR?
Mencari klinik sunat yang berdaftar amatlah penting sekali. Ini disebabkan terdapatnya banyak klinik perubatan swasta yang tidak berdaftar.
Tentunya anda pernah mendengar pelbagai cerita-cerita ngeri yang merujuk beberapa kes kesilapan ketikan prosedur berkhatan.
Hal ini berlaku berikutan kepada beberapa kes kecuaian perubatan sama ada ketika prosedur berkhatan atau selepas ia dijalankan. Antara risiko-risiko yang mungkin berlaku:
- keadaan perubatan pesakit yang memerlukan prosedur berkhatan yang rumit
- pesakit mempunyai pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes/tekanan darah tinggi.
- kompetensi pengamal perubatan itu sendiri serta
- keadaan klinik perubatan swasta yang tidak kondusif bagi menangani situasi kecemasan sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka.
Antara kriterianya termasuk:
ADAKAH SEMUA KELENGKAPAN DAN LANGKAH KEBERSIHAN TERSEDIA?
Selalunya di klinik sunat berdaftar tidak mempunyai pelbagai masalah. Hal ini kerana semua kelengkapan telah tersedia di tempat tersebut. Suasana klinik selalunya lebih tenang dan terurus serta mempunya pasukan perubatan yang mahir dan professional.
Kos bersunat di klinik swasta mungkin sedikit tinggi berbanding klinik kerajaan. Akan tetapi klinik swasta sentiasa menyediakan servis rawatan yang ia lebih selesa dan cepat.
SIAPAKAH DOKTOR YANG AKAN MENYUNATKAN ANDA?
Tidak kurang pentingnya untuk mencari pengamal pembedahan sunat yang bertauliah. Hal ini kerana, bukan semua doktor adalah bertauliah, terlatih mahupun berkelayakan untuk melakukan amalan berkhatan.
Berkhatan memerlukan doktor yang sangat berpengalaman dan pernah menjalankan latihan serta mendapatkan kepakaran dari institusi hospital. Ini kerana khatan dewasa harus mengambil kira saiz zakar ketika ereksi. Selain itu, faktor kosmetik luka dan jahitan harus dititikberatkan.
Disebabkan kulit penghujung zakar adalah halus, maka ia memerlukan tangan yang stabil untuk mengubah atau mengeluarkannya. Anda pastinya tidak mahu doktor secara cuai atau menjalankan prosedur dengan terburu-buru mendatangkan kecederaan parah terhadap zakar anda.
Risiko boleh terjadi ketika proses pembedahan atau memotong kulit penghujung zakar sama ada menggunakan pisau, gunting atau ‘kauteri’ laser.
MENGAPAKAH PERLU MENDAPATKAN NASIHAT DARIPADA DOKTOR YANG BERTAULIAH?
Adalah disarankan untuk memilih doktor yang mempunyai pengalaman dan kemahiran kerana doktor anda akan dapat membimbing anda melalui teknik yang berbeza, dan juga membincangkan bekas luka yang berbeza yang boleh terhasil daripada pengaplikasian prosedur-prosedur tersebut.
Untuk mengetahui sama ada doktor itu berkelayakan atau tidak, anda boleh merujuk kepada kelayakan doktor tersebut secara atas talian untuk mengetahui “patient review” ataupun maklumbalas dan testimoni daripada pesakit mengenai pengalaman mereka terhadap keadaan klinik sunat dan doktor tersebut.
BAGAIMANA PULA DENGAN RAWATAN SUSULAN?
Jika anda bersunat di klinik, rawatan susulan dilakukan hanya apabila ada masalah berlaku, contohnya pendarahan atau kesakitan yang berterusan. Namun, perkara ini jarang berlaku sekiranya prosedur berkhatan dilakukan di klinik sunat berdaftar disebabkan teknik berkhatan moden yang cepat, tidak menyakitkan dan dilakukan oleh doktor bertauliah.
Sekiranya ada apa-apa berlaku dengan prosedur sunat, mereka boleh buat pelan kontingensi dengan cepat.
PILIHAN KLINIK SUNAT UNTUK DEWASA YANG SESUAI MENJAMIN KETENANGAN FIKIRAN ANDA
Berkhatan boleh menjadi pengalaman traumatik jika dikendalikan dengan buruk, itulah sebabnya anda memerlukan doktor berpengalaman terbaik dan kaedah terkini untuk prosedur untuk menjadikan berkhatan seselesa mungkin untuk anda.
Sekiranya anda mencari hasil terbaik untuk berkhatan dan inginkan ketenangan fikiran, disarankan agar anda mencari klinik berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan klinik yang berdaftar, anda mempunyai jaminan bahawa semua langkah kebersihan akan diambil dengan sewajarnya. Ini juga membantu anda berdepan risiko kesihatan yang lebih rendah.
Sebaiknya, pastikan terlebih dahulu bagi memastikan kompetensi pengamal perubatan berkenaan demi keselamatan anda.
MENGAPAKAH MENCARI KLINIK SUNAT UNTUK DEWASA PENTING?
Selain daripada mencari doktor yang bertauliah, penting juga untuk mencari klinik yang mengkhususkan dalam khatan dewasa. Klinik yang berpengalaman dalam khatan dewasa biasanya akan menawarkan pelbagai kaedah khatan yang lebih selamat dan sesuai untuk orang dewasa. Salah satu kaedah yang semakin popular adalah khatan menggunakan klamp. Kaedah ini melibatkan penggunaan alat klamp yang direka khas untuk mengekalkan keselamatan dan mengurangkan risiko komplikasi. Dengan menggunakan klamp, proses khatan menjadi lebih pantas, kurang sakit dan tempoh pemulihan juga lebih singkat. Oleh itu, memastikan anda memilih klinik yang mengkhususkan dalam khatan dewasa dapat memberikan anda pengalaman yang lebih selesa dan selamat.
Di Premier4Him, kami juga menawarkan pelbagai perkhidmatan lain untuk kesihatan seksual lelaki. Antara perkhidmatan termasuk suntikan PRP penis, rawatan pembesaran zakar, dan rawatan mati pucuk lelaki. Setiap rawatan dijalankan oleh doktor yang berpengalaman dan bertauliah, memastikan anda mendapat penjagaan dan hasil yang terbaik.
PREMIER CLINIC MENAWARKAN KHIDMAT BERKHATAN SECARA ZSR
Klinik Premier, klinik aestetik yang juga klinik sunat bertauliah. kami menawarkan khidmat khatan secara ZSR di 2 cawangan kami – Klinik Premier Kuala Lumpur dan Klinik Premier TTDI.
Sekiranya anda mencari klinik sunat clamp atau prosedur berkhatan yang bersih, tanpa jahitan, dan tidak menyakitkan dan dilakukan oleh doktor bertauliah, sila hubungi pegawai khidmat pelanggan kami untuk mengetahui lebih lanjut atau menempah sesi anda.
Eksekutif perkhidmatan pelanggan kami yang peramah bersedia dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.
Untuk menempah janji temu anda, hubungi wakil perkhidmatan pelanggan kami yang ramah di:
WhatsApp: https://wa.me/60106621332
Hubungi: +6010-662-1332 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com