Terapi sel stem sudah tidak asing lagi dalam dunia perubatan, dimana keberkesanannya kini mengubah rawatan keguguran rambut. Merupakan antara rawatan pemindahan rambut sel stem yang menawarkan harapan baru bagi mereka yang bergelut dengan masalah kebotakan. Menggunakan tiga jenis sel stem—embrionik, tali pusat, dan dewasa—prosedur terkini ini menjanjikan rangsangan pertumbuhan rambut secara berkesan dan selamat.
Pemindahan sel stem rambut adalah prosedur pemulihan rambut yang kurang invasif yang mana ia menggunakan sel stem untuk mengaktifkan sel rambut yang sihat. Teknik ini bukan sahaja membantu melawan keguguran rambut tetapi juga memperbaiki kualiti dan tekstur rambut.
Doktor akan memulakan prosedur dengan mengekstrak sel stem (folikel rambut) dari kawasan penderma menggunakan jarum kecil. Sel stem kemudian dipisahkan dari sel tisu di dalam sebuah mesin yang dipanggil centrifuge. Sel stem kemudian ditanam kembali ke kulit kepala di kawasan yang mengalami keguguran rambut (kawasan penerima).
Proses ini akan membolehkan rambut tumbuh semula dengan sihat dan lebih kuat. Sel stem ini mampu membahagi dan memperbaharui sel rambut tersebut. Ia akan membantu memperbaiki tisu tertentu dalam badan dan menggantikan tisu yang rosak.
Terapi pemindahan sel stem rambut akan membantu folikel rambut menghasilkan pertumbuhan rambut baru di kawasan penerima.
Manfaat lain termasuk:
Pesakit mungkin akan mengalami sedikit luka atau rasa sakit selepas prosedur. Akan tetapi jangan risau, ia akan berkurangan dalam tempoh 48 jam selepas prosedur dilakukan.
Rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan yang diketahui atau major, dan ia terbukti selamat. Walau bagaimanapun, pesakit dinasihatkan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum melakukan untuk sebarang rawatan terapi sel stem.
Tiada masa pemulihan yang diperlukan untuk rawatan ini. Walau bagaimanapun, sesetengah aktiviti fizikal yang berat atau senaman berlebihan harus dielakkan selama seminggu.
Prosedur terapi sel stem ini akan mengambil masa sehingga 3 jam. Prosedur ini melibatkan 3 langkah asas iaitu pengambilan, pemisahan, dan proses pemindahan. Pesakit boleh kembali kepada rutin harian mereka pada hari berikutnya.
Hasil terapi sel stem rambut mungkin bertahan sehingga 3 tahun. Walau bagaimanapun, kesannya akan berbeza dari seorang pesakit ke seorang pesakit yang lain bergantung pada tahap keguguran rambut, keadaan kulit kepala dan variasi semulajadi dalam sel yang diasingkan.
Terapi sel stem rambut dilakukan dengan mengambil sel stem dari tubuh pesakit itu sendiri (seperti dari tisu lemak) atau dari penderma. Sel stem kemudian disuntik ke dalam kulit kepala, di mana ia boleh merangsang pertumbuhan dan regenerasi rambut.
Ingin tahu mengenai harga rawatan? Rawatan sel stem rambut rambut terbukti berkesan dan mesra bajet, menjadikannya tumpuan dan pilihan utama bagi mereka yang mencari rawatan pemulihan rambut berkualiti. Dengan teknik yang kurang invasif dan masa pemulihan yang lebih cepat, ia adalah pilihan yang baik bagi individu yang ingin mendapatkan kembali rambut mereka tanpa membebankan kewangan mereka. Kunjungi klinik Premier4Him dan rasai sendiri pengalaman menjalani rawatan sel stem rambut terbaik di Malaysia.
Bagi mereka yang sedang mempertimbangkan mana-mana rawatan kosmetik yang lebih luas, Premier4Him sedia untuk membantu. Kami menyediakan pelbagai pilihan prosedur dari rawatan pemindahan rambut, mikropigmentasi kulit kepala, hingga ke perkhidmatan seperti pembesaran zakar, dan rawatan PRP. Pakar seksologi Malaysia kami sangat terlatih dan berkelayakan untuk memenuhi keperluan estetik anda yang dapat membantu anda kelihatan muda dan bergaya dari segi luaran dan dalaman.
Rawatan pemindahan sel stem rambut hanya boleh dilakukan dengan doktor yang bertauliah agar memastikan kadar kejayaan dan keberkesanan prosedur yang tinggi didalam masa yang sama untuk mengelakkan sebarang masalah semasa prosedur dilakukan. Doktor dan pasukan pemulihan rambut kami sangat berpengalaman dan terlatih untuk menjalankan kes pemindahan rambut. Kunjungi dan lawati kami untuk sesi konsultasi yang lebih terperinci bagi membantu anda memahami dengan lebih mendalam mengenai rawatan pemindahan rambut. Anda boleh juga menghubungi kami di cawangan kami di Bangsar Baru, Mont Kiara, TTDI and KL City.
Anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai rawatan:
WhatsApp/Hubungi: +6010-662-1332/ +6012-773-2074
Emel: contactus@premier-clinic.com
This website uses cookies.