Penis Enlargement

Benarkah Produk Lelaki Di Pasaran Boleh Membesarkan Zakar?

Produk lelaki memang sangat laku di pasaran. Ada pelbagai jenis produk lelaki samada dalam bentuk pil, losyen, vakum dan pelbagai jenis lagi. Malah ada yang mengatakan menjual produk membesarkan batang lelaki lebih mudah berbanding produk-produk lain.

Jika kita tanya kepada para lelaki samada mereka mahukan saiz zakar yang besar, sebahagian besar daripada mereka pastinya mengatakan mereka mahukan saiz zakar yang besar. Namun bagaimana seseorang itu menentukan saiz zakar atau batang mereka kecil atau besar? Dan mengapa mereka mahukan saiz zakar yang besar sehingga sanggup melaburkan duit untuk membeli produk-produk membesarkan zakar yang berada di pasaran?

 

Bagaimana menentukan saiz zakar?

Setiap lelaki pasti tidak akan terlepas memikirkan tentang saiz batang mereka.

Cukup besarkah? Kecilkah?

Saiz batang seolah-olah menjadi kayu ukur maruah bagi seorang lelaki.

Sebenarnya berapa saiz zakar yang normal?

Mengikut sebuah kajian oleh British Journal of Urology International (BJUI), saiz purata zakar yang tidak tegang adalah 3.61 inci. Manakala purata saiz zakar yang sedang ereksi pula adalah 5.16 inci. Bagi ukur lilit pula, 3.66 inci adalah untuk zakar normal tetapi apabila ereksi ia boleh membesar sehingga 4.59 inci.

Sekiranya anda mempunyai ukuran panjang dan ukur lilit zakar yang lebih kecil daripada yang dinyatakan di atas, anda mungkin mengalami masalah zakar kecil.

 

Mengapa mahu membesarkan zakar?

Sebelum anda membeli produk-produk membesarkan zakar yang terdapat di pasaran, pernahkah anda bertanya kepada diri anda, mengapa anda mahu membesarkan zakar anda?

Adakah kerana zakar anda bersaiz kecil?

Sekiranya zakar anda bersaiz kecil, anda mungkin memerlukan rawatan atau cara untuk membesarkan zakar anda. Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan mungkin anda akan mengalami masalah lain di kemudian hari. Contohnya anda tidak dapat memuaskan pasangan anda semasa membuat hubungan seksual.

Namun sekiranya zakar anda sudah berada pada saiz normal, mengapa anda masih mahu membesarkan zakar anda?

Anda perlu tahu sebab utama anda mahu membesarkan zakar anda kerana setiap produk dan rawatan yang anda gunakan untuk membesarkan zakar anda mungkin mempunyai kesan sampingan serta boleh memberikan masalah lain kepada zakar anda.

 

Benarkan produk lelaki yang terdapat di pasaran boleh membesarkan zakar?

 Jika anda mahukan jawapan pendek, jawapannya adalah MUNGKIN TIDAK.

Jawapan yang panjang mungkin lebih rumit.

Jika anda lihat kebanyakkan produk yang mendakwa atau mengklaim dapat membesarkan zakar (krim, pam, senaman dan pil) sebenarnya tidak berkesan. Walaupun anda melakukannya, keberkesanannya tidak akan bertahan untuk jangka masa yang lama. Ini kerana sebahagian besar produk ini bergantung pada penyelesaian sementara yang tidak menangani punca masalah (iaitu, zakar yang kecil).

 

Produk Kesan sampingan
Pam zakar

  • Zakar membengkak dan menjadi kebas dan sakit
  • Saluran darah pecah lalu menyebabkan bintik kecil berwarna merah atau petechiae
  • Ereksi berasa tidak selesa kerana ia bukan dari proses semula jadi
  • Tidak semua kawasan zakar akan mengalami ereksi
  • Ejakulasi yang menyakitkan kerana air mani berasa seakan tersekat
  • Kesan psikologi – perasaan malu, kekok atau turn off setiap kali perlu menggunakan pam untuk mendapatkan ereksi
Pil

  • Mengambil masa yang lama iaitu melebihi 6 bulan untuk menampakkan kesan.
  • Sekiranya tidak mendapat kelulusan dari pihak yang bertanggungjawab mungkin boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman.
Losyen

  • Tiada bukti saintifik mengatakan losyen mampu membantu untuk membesarkan zakar
Urutan

  • Tiada bukti saintifik mengatakan urutan mampu membesarkan zakar.
  • Boleh merosakkan struktur dalaman dan tisu-tisu zakar.

 

Jadi, apa yang berkesan?

Pembedahan

Pembedahan adalah salah satu pilihan yang berkesan. Ada pelbagai jenis pembedahan yang boleh anda lakukan untuk membesarkan zakar anda, tetapi ia mahal, berisiko, dan tidak selalu berkesan. Namun anda boleh berjumpa dengan doktor pakar dahulu dan mendapatkan nasihat mereka sebelum membuat keputusan.

 

Penis Filler

Namun kini terdapat juga rawatan lain yang lebih ringkas dan selamat berbanding pembedahan iaitu penis filler. Penis filler merupakana rawatan yang menggunakan teknologi hampir sama dengan rawatan untuk membesarkan pipi dan bibir. Rawatan ini juga telah mendapat kelulusan FDA.

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkaitan penis filler, anda boleh rujuk kepada Premier Clinic di mana disana terdapat doktor-doktor pakar yang boleh membantu anda untuk mendapatkan rawatan membesarkan zakar anda. Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar sebelum membuat apa-apa keputusan.

Hal ini kerana rawatan tersebut mungkin sesuai untuk anda dan mungkin juga tidak sesuai serta boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan kesan sampingan.

 

Kesimpulan

Jika anda tidak berpuas hati dengan saiz zakar anda, maka anda mungkin berminat untuk membeli produk pembesaran zakar. Tetapi sebelum anda melakukannya, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan ambil kira. Kebanyakan produk ini tidak berfungsi seperti mana ia diiklankan mahupun diwar-warkan oleh juru jual, dan walaupun ia berjaya, ia tidak akan berkesan untuk tempoh masa yang lama. Penyelesaian terbaik adalah menerima zakar anda apa adanya dan belajar cara memanfaatkannya sepenuhnya. Namun jika zakar anda benar-benar memerlukan bantuan, rujuklah kepada pakar dan dapatkan khidmat nasihat mereka. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk yang boleh membantu membesarkan zakar, tuan boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami:

WhatsApp: https://wa.me/60106621332
Hubungi: +6010-662-1332 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

 

Rujukan

PremierforHim

Share
Published by
PremierforHim

Artikel Terkini

MATI PUCUK DAN RAMBUT GUGUR: KAITAN YANG ANDA TIDAK KETAHUI

Rambut gugur - satu masalah yang mungkin nampak kecil, kan? Tetapi bila helai demi helai…

3 bulan ago

DILEMA RAMBUT: FUE ATAU FRM UNTUK RAWATAN RAMBUT GUGUR SAYA?

Sebagai salah seorang antara pakar dalam rawatan rambut gugur dan bidang estetik ini, kami di…

4 bulan ago

ADAKAH MENAHAN KLIMAKS BURUK? BOLEHKAH IA MENYEBABKAN MASALAH EREKSI?

Orgasme merupakan suatu keadaan yang sangat dicari dan ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri yang…

5 bulan ago

6 KEBAIKAN RAWATAN PRP RAMBUT DI MALAYSIA

Bagi mereka yang sudah berusia, kebotakan rambut ataupun kita panggil masalah rambut botak merupakan hal…

6 bulan ago

NYALAKAN LIGHTSABER ANDA: RAWATAN PEMUTIHAN KULIT DENGAN TEKNOLOGI LASER

Bila kita sebut tentang lelaki idaman anda, apakah persepsi pertama yang akan muncul di minda…

6 bulan ago

BOLEHKAN LELAKI DENGAN MASALAH MATI PUCUK TETAP MELANCAP? | DOKTOR MENJAWAB

Pernah dengar apa itu melancap? Melancap atau mungkin lebih dikenali sebagai onani atau masturbasi ini…

7 bulan ago

This website uses cookies.