Categories: Uncategorized

Rahsia Khitan Tak Sakit Di Klinik Sunat

Adakah anda berkeinginan untuk berkhatan disebabkan masalah kebersihan diri mengganggu anda?

Namun, adakah anda makan tidak kenyang, tidur tidak lena dan hati berdebar apabila memikirkan atau pun terfikir nak berkhatan kerana anda seorang yang tidak tahan sakit?

Sebut pasal berkhatan, bukan sahaja kanak-kanak yang rasa takut, bahkan sebilangan lelaki dewasa yang belum berkhatan lagi tidak kurangnya rasa teruja campur gusar apabila memikrkan jarum dan darah semasa proses bersunat. 

BERKHATAN SECARA TRADISIONAL YANG MENYAKITKAN!

Manakan tidak, pada suatu masa dahulu pengalaman berkhatan adalah pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan seumur hidup buat kanak-kanak lelaki. Apatah lagi bila tok mudim menggunakan kaedah tradisional dan kelengkapan seperti pisau, gunting dan penyepit tanpa bius untuk mengkhatankan kanak-kanak lelaki. Teknik juga agak rumit kerana prosedur memerlukan jahitan bagi menjahit luka.

Disebabkan itu, prosedur berkhatan secara tradisional sering digeruni kerana risiko sakit dan jangkitan, mengambil masa yang panjang serta mengeluarkan darah.

Proses penyembuhan yang lama (mengambil masa sehingga 2 minggu), hasil kosmetik yang kurang memuaskan juga menyebabkan prosedur berkhatan secara tradisional tidak digemari. 

Menyedari pentingnya mengurangkan kadar kesakitan ketika berkhatan, pelbagai alat berkhatan dan khitan moden diperkenalkan, antaranya laser dan clamp.

Jika  anda betul-betul ingin mengetahui rahsia khatan tak sakit di klinik sunat? Jom ikuti perkongsian kami.

TIADA LAGI KESAKITAN!

Antara kaedah bersunat yang lebih maju yang mana ia mampu mengurangkan rasa sakit serta pendarahan adalah semestinya berkhatan secara stapler. Dengan teknik ini, anda tidak perlu rasa takut, gusar atau risau lagi!

Peranti yang dikenali dengan nama saintifiknya ‘disposable circumcision anastomat stapler’ atau stapler pakai buang ZSR-DCA ini ialah teknik berkhatan yang tidak menyakitkan, mudah, selamat dan cepat pulih

Kemuncak teknologi berkhatan ZSR Stapler dicipta agar sunat tidak lagi menjadi pengalaman yang ‘menakutkan’. Proses berkhatan ini sangat cepat, hanya mengambil masa 5-7 minit dan sekiranya anda khatan hari ini, anda boleh masuk kerja selepas 24 jam berkhatan. Ya, memang betul apa yang anda baca ini!

Ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai teknik sunat ZSR ini dan apakah kelebihannya berbanding bersunat secara normal? Mari kita kupaskan lagi dengan lebih mendalam apa itu teknik ZSR. 

APA ITU BERKHATAN SECARA ZSR?

Berkhatan secara ZSR merupakan teknik berkhatan moden yang menggunakan sejenis alat stapler khas  untuk memotong kulit zakar dan dalam masa yang sama menutup luka secara serentak, dengan sangat kemas, cepat serta menghasilkan hasil estetik yang begitu sempurna.

Anda jangan risau! Teknik ini telah diperakui dunia perubatan dan jauh lebih selamat daripada khatan tradisional kerana tidak melibatkan jarum atau pisau. Ianya sangat praktikal dan kerap diguna pakai oleh pengamal perubatan di klinik sunat dan hospital di seluruh malaysia malahan dunia.

Proses bersunat kaedah stapler sesuai digunakan untuk semua kategori umur iaitu bayi seawal usia tiga hari hinggalah dewasa yang mempunyai pelbagai saiz. 

STAPLER ZSR BERBENTUK PISTOL?

Walaupun nampaknya seperti pistol mainan, tetapi ini sebenarnya stapler bersunat. 

Peranti ZSR terdiri daripada dua komponen utama:

  • bahagian dalaman
  • bahagian luar

Pertama, doktor akan meregangkan kulit zakar anda dan meletakkan bahagian loceng dalaman yang berfungsi sebagai “perisai” untuk melindungi kepala zakar anda. Kemudian, selebihnya peranti dengan bahagian luar disekat ke bahagian dalaman peranti. Bahagian ini penting kerana akan menentukan tempat pemotongannya.

Setelah stapler dilepaskan, kulit zakar dipisahkan dari zakar, dan tepi luka akan dipegang bersama oleh serangkaian staples kecil dan cincin silikon.

MENGAPA BERKHATAN SECARA ZSR STAPLER TAK SAKIT?

ZSR-DCA ialah peranti berkhatan terkini yang mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan teknik khatan moden sedia ada. Hal ini kerana:

1. Tidak Sakit

Apa yang menarik mengenai produk inovasi ini adalah ia tidak menyakitkan semasa dan selepas pembedahan serta tiada kesan pendarahan zakar selepas pemulihan. Selain itu,  sebelum prosedur sunat, pembiusan setempat akan dilakukan untuk membuat anda berasa tenang dan kurang gementar. Hal ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit yang terjadi akibat sunat staple

2. Tiada Pendarahan

Kaedah khatan ZSR ini menggunakan stapler dimana ia memotong terus kulit zakar tanpa menyebabkan pertumpahan darah yang banyak di bilik bedah. Darah yang keluar adalah sangat minimum sekali, iaitu 5 kali lebih sedikit daripada teknik konvensional.

3. Tidak Memerlukan Jahitan

Teknik sunat ZSR ini tidak memerlukan jahitan dengan jarum selepas prosedur. Alat jahitan melepaskan jahitan untuk menjahit saat pemotongan. Kepadatan jahitan cukup untuk menghentikan pendarahan. Oleh sebab tiada jahitan dan tidak perlu menanggalkan benang, maka tiada sakit dan tiada parut selepas pembedahan! 

4. Waktu Prosedur yang Singkat

Jika sunat biasanya memakan masa sehingga 30 minit, prosedur sunat stapler ternyata lebih singkat, iaitu kurang daripada 15 minit. Cepat kan?!

5. Penyembuhan Lebih Cepat

Setelah prosedur selesai, luka anda akan dibalut selama beberapa hari. Staples akan gugur dengan sendiri selepas beberapa hari. Anda akan dapat menjalani gaya hidup normal dalam masa yang singkat. Kami di Premier Clinic menyediakan pakej prosedur yang professional serta rapi bagi memastikan hasil rawatan memuaskan dari segi medikal dan juga estetik.

Tertarik melakukan sunat stapler? Ataupun tengah mula mencari klinik sunat atau hospital berdekatan dengan anda yang menawarkan prosedur sunat stapler ZSR di Malaysia? 

Selain itu, kami juga menyediakan informasi tentang rawatan PRP dan rawatan mati pucuk lelaki yang bisa menjadi solusi untuk masalah kesehatan Anda.

Cawangan Premier Clinic di KL City dan TTDI sedia membantu anda. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi kami dengan segera di talian +6010-662-1332 (Eng/Malay) sebelum anda bertukar fikiran!

PremierforHim

Share
Published by
PremierforHim

Artikel Terkini

MATI PUCUK DAN RAMBUT GUGUR: KAITAN YANG ANDA TIDAK KETAHUI

Rambut gugur - satu masalah yang mungkin nampak kecil, kan? Tetapi bila helai demi helai…

3 bulan ago

DILEMA RAMBUT: FUE ATAU FRM UNTUK RAWATAN RAMBUT GUGUR SAYA?

Sebagai salah seorang antara pakar dalam rawatan rambut gugur dan bidang estetik ini, kami di…

4 bulan ago

ADAKAH MENAHAN KLIMAKS BURUK? BOLEHKAH IA MENYEBABKAN MASALAH EREKSI?

Orgasme merupakan suatu keadaan yang sangat dicari dan ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri yang…

5 bulan ago

6 KEBAIKAN RAWATAN PRP RAMBUT DI MALAYSIA

Bagi mereka yang sudah berusia, kebotakan rambut ataupun kita panggil masalah rambut botak merupakan hal…

6 bulan ago

NYALAKAN LIGHTSABER ANDA: RAWATAN PEMUTIHAN KULIT DENGAN TEKNOLOGI LASER

Bila kita sebut tentang lelaki idaman anda, apakah persepsi pertama yang akan muncul di minda…

6 bulan ago

BOLEHKAN LELAKI DENGAN MASALAH MATI PUCUK TETAP MELANCAP? | DOKTOR MENJAWAB

Pernah dengar apa itu melancap? Melancap atau mungkin lebih dikenali sebagai onani atau masturbasi ini…

7 bulan ago

This website uses cookies.