Hair Loss

RAWATAN RAMBUT BOTAK BAHAYA? KENALPASTI RISIKO DAN SELAMATKAN RAMBUT ANDA

Adakah proses menumbuhkan rambut yang botak semudah yang kita sangkakan? Adakah ia semudah seperti ia kedengaran?

Memanjangkan dan menjaga rambut yang normal saja sudah cukup sukar, apatah lagi mahu mengubati masalah yang menyebabkan kehilangan rambut.

Soal kebotakan ini, sebenarnya boleh terjadi dalam pelbagai keadaan serta ia tidak mengira jantina mahupun usia. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh anda lakukan untuk rawatan rambut botak. Akan tetapi, tahukah anda setiap rawatan mahupun prosedur akan ada risiko tertentu serta kesan sampingan yang mungkin terjadi samada semasa mahupun selepas rawatan dilakukan?

  • Transplantasi rambut (disebut juga sebagai tanam rambut FUT ataupun Follicular Unit Transplant)
  • Semburan topikal Minoxidil
  • Ubat oral Finasteride
  • Imunoterapi topikal

Artikel ini mengajak anda untuk memahami kepentingan rambut sebagai mahkota yang perlu dijaga dengan sepenuhnya, belai sepertimana anda menjaga wajah (anda tentu pandai sekali jaga wajah, kan?).

Merawat dan menjaga rambut ini tidak hanya dari segi penampilan luaran, akan tetapipenjagaan dalaman juga sangatlah penting, setujukan anda?

Oleh itu, artikel kali ini kita akan mendalami dan menjelajahi risiko, bahaya dan kesan sampingan dari rawatan rambut botak agar anda boleh membuat keputusan yang lebih teliti dan tepat di saat anda memilih rawatan yang sesuai.

BUKAN PROSEDUR AJAIB

Kesan Sampingan

Kemerahan / Infeksi 

Hair transplant atau rawatan tanam rambut FUT merupakan antara rawatan kebotakan yang popular dimana ia terkenal kerana keberkesannanya serta selamat untuk dijalanai.  Namun setiap rawatan ada  risikonya yang tersendiri. Untuk rawatan FUT ini, antara kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah kemerahan, kegatalan, ruam, pembengkakan pada kulit serta jangkitan kulit akibat luka tanaman atau jahitan pada kulit kepala di kawasan yang dirawat yang dikenali sebagai folikulitis.

Kesan sampingan mungkin terjadi dimana ia bergantung kepada keadaan kulit dan kesihatan pesakit itu sendiri. Setiap individu adalah berbeza, makan kesan juga akan berbeza. Doktor pada kebiasaanya akan memberitahu kepada pesakit kebarangkalian kesan sampingan ini sebelum rawatan dijalankan.

Risiko Kesihatan

Degup jantung terlalu laju / Penurunan libido lelaki

Setiap bentuk pembedahan yang dijalani samada pada bahagian anggota badan termasuk rambut sememangnya akan ada kebarangkalian risiko kesihatan yang tertentu.

Sebagai contoh, semasa prosedur tanam rambut FUT, anda mungkin akan mengalami keadaan takikardia atau degup jantung terlalu laju yang hanya bersifat sementara dan boleh dirawat. Akan tetapi keadaan ini berbeza bagi pesakit yang sedia ada mempunyai masalah jantung. Oleh yang demikian, sangatlah disarankan untuk anda berkongsi kondisi kesihatan secara menyeluruh kepada doktor sebelum melakukan sebarang rawatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Begitu juga dengan pengambilan ubat oral. Meskipun pengambilan pil Finasteride ini sangat berkesan untuk membantu mengatasi masalah keguguran rambut dan kebotakan (alopecia) untuk kaum lelaki, akan tetapi pengambilan pil Finasteride secara berterusan dapat menganggu kemampuan seksual dan juga masalah zakar kurang mengeras. Kesan sampingan ini boleh dikurangkan dari semasa ke semasa mengikut nasihat dari pakar.

Alergi

Kegatalan / Kesukaran menelan makanan

Bagi rawatan tanam transplant rambut FUT, terdapat beberapa kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi mungkin dialami iaitu kegatalan dan kebengkakan pada kulit serta kesukaran menelan makanan disebabkan kesan ubat bius atau anastesi yang digunakan semasa prosedur rawatan.

Penyalahgunaan dan Penggunaan berlebihan 

Selain kesan sampingan dan risiko kesihatan, terdapat juga risiko bahaya akibat penggunaan berlebihan rawatan kebotakan, seperti menggunakan jumlah ubat topikal yang berlebihan; contohnya semburan Minoxidil berlebihan walaupun disarankan 5-6 semburan pada setiap penggunaan, 2 kali sehari. Ataupun mengambil lebih daripada 1ml dos pil Finasteride.

Menjalani beberapa prosedur pembedahan untuk rawatan rambut kebotakan boleh membawa risiko yang serius, termasuk komplikasi pembedahan, pendarahan berlebihan atau reaksi alergi terhadap ubat anestesi, ataupun merosakkan folikel rambut yang mampu menyebabkan kehilangan rambut tambahan.

NAK RAMBUT LEBAT KEMBALI, NAMPAK HENSEM? MUDAH, TAPI BUKAN SEMUDAH ITU JUGA

Bila bercakap mengenai prosedur untuk mengatasi masalah rambut gugur atau rambut botak, mengambil tahu kos rawatan juga sangat penting bukan?

Antara kos yang perlu ada ambil tahu adalah:

  1. Kos ubat topikal atau ubat oral, terutama jika pesakit perlu menggunakan ubat-ubatan ini  secara berterusan.
  2. Kos pembedahan untuk rawatan kebotakan, seperti tanam rambut juga sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan kos yang mana mempu mencecah ribuan ringgit, termasuklah bayaran untuk prosedur itu sendiri, serta kos yang berkaitan dengan pemulihan dan penjagaan selepas pembedahan.
  3. Temu janji selepas rawatan untuk pemantauan dan penilaian lanjut, yang juga menambah kos keseluruhan rawatan.
  4. Komplikasi semasa atau selepas rawatan yang mungkin berlaku, masa ini pesakit mungkin perlu membayar tambahan kos untuk merawat komplikasi tersebut.

JANGAN BIMBANG KOS DULU. NAK RAWATAN RAMBUT BOTAK ALTERNATIF?

Jika anda merasakan rambut dibahagian depan mahupun tengah mulai botak, dan ingin mencari rawatan segera yang tidak mengeluarkan kos, berikut adalah perubahan yang anda boleh lakukan sendiri untuk mengatasi masalah rambut gugur seperti:

  • Perubahan gaya hidup dengan mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan nutrien penting seperti protein, zat besi, biotin dan vitamin untuk kesihatan rambut, seperti vitamin A, C, dan E.
  • Mengurangkan stress dengan mengamalkan meditasi atau yoga atau melakukan aktiviti riadah.

ADAKAH PILIHAN LAIN JIKA KAWASAN KEBOTAKAN SUDAH TERLALU BESAR DAN JELAS?

Berbeza dengan FUT, rawatan Tanam Rambut FUE (Follicular Unit Extraction) adalah satu rawatan baru yang direka khas untuk menyelesaikan masalah rambut gugur anda! Walaupun ianya hanya melibatkan sedikit pembedahan kecil, akan tetapi tiada jahitan yang diperlukan dalam rawatan rambut gugur ini.

Rawatan FUE ini mungkin adalah rawatan terbaik untuk menyeleasaikan masalah kebotakan rambut. Akn tetapi anda perlulah mendapatkan khidmat nasihat dari doktor yang bertauliah dan professional sebelum melakukan rawatan ini. Hal ini kerana, bagi mereka yang mempunyai sejarah sakit dada dan sakit  jantung kesan sampingan mungkin sedikit berbeza. Kami di Premier4Him menyediakan khidmat nasihat dan konsultatsi secara menyeluruh bersama pakar rawatan rambut kami agar dapat membantu anda untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah dan juga cara mengatasinya.

Masalah rambut gugur dapat diatasi dengan berkesan berdasarkan saranan dan nasihat doktor. Sesi konsultasi sangatlah penting  bagi mengelakkan risiko kesihatan yang tidak diingini manakala pesakit dapat merasa yakin bahawa mereka sedang menerima perkhidmatan terbaik.

Bincangkan dengan Pasukan Pemulihan Rambut kami untuk melihat rawatan atau kombinasi rawatan rambut gugur lelaki yang terbaik untuk anda seperti rawatan rambut botak dan rawatan PRP. Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi klinik kesuburan lelaki kami di cawangan kami di Puchong, Bangsar Baru, KL City, TTDI, dan Mont Kiara. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai jenis treatment rambut: Whatsapp/Panggilan: +6010-662-1332 Emel: contactus@premier-clinic.com.

RUJUKAN

https://premier-clinic.com/ms/our-services/fue-rawatan-tanam-rambut/

https://www.bing.com/search?pglt=41&q=premier+for+him+finasteride&cvid=77de90eb2c9f41a9b37577f3e77516da&gs_lcrp=EgZjaHJvbWUyBggAEEUYOdIBCDc5NzVqMGoxqAIIsAIB&FORM=ANNTA1&PC=LCTS

Xedea

Artikel Terkini

MATI PUCUK DAN RAMBUT GUGUR: KAITAN YANG ANDA TIDAK KETAHUI

Rambut gugur - satu masalah yang mungkin nampak kecil, kan? Tetapi bila helai demi helai…

3 bulan ago

DILEMA RAMBUT: FUE ATAU FRM UNTUK RAWATAN RAMBUT GUGUR SAYA?

Sebagai salah seorang antara pakar dalam rawatan rambut gugur dan bidang estetik ini, kami di…

4 bulan ago

ADAKAH MENAHAN KLIMAKS BURUK? BOLEHKAH IA MENYEBABKAN MASALAH EREKSI?

Orgasme merupakan suatu keadaan yang sangat dicari dan ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri yang…

5 bulan ago

6 KEBAIKAN RAWATAN PRP RAMBUT DI MALAYSIA

Bagi mereka yang sudah berusia, kebotakan rambut ataupun kita panggil masalah rambut botak merupakan hal…

6 bulan ago

NYALAKAN LIGHTSABER ANDA: RAWATAN PEMUTIHAN KULIT DENGAN TEKNOLOGI LASER

Bila kita sebut tentang lelaki idaman anda, apakah persepsi pertama yang akan muncul di minda…

6 bulan ago

BOLEHKAN LELAKI DENGAN MASALAH MATI PUCUK TETAP MELANCAP? | DOKTOR MENJAWAB

Pernah dengar apa itu melancap? Melancap atau mungkin lebih dikenali sebagai onani atau masturbasi ini…

7 bulan ago

This website uses cookies.