Anda ada masalah keguguran rambut?
Rambut sudah banyak gugur sampai hampir botak?
Pernah berfikir tentang tanam rambut tapi takut?
Rawatan tanam rambut atau “hair transplant” adalah solusi terakhir untuk mereka yang menghadapi masalah rambut gugur yang kronik. Hasilnya nampak natural, tumbuh lebat dan lebih cepat berbanding alternatif yang lain. Jika anda mencari rawatan dengan kos tanam rambut di Malaysia yang berpatutan, terdapat banyak pilihan klinik rambut gugur yang boleh dipertimbangkan.
Rawatan tanam rambut bermakna anda mengambil rambut sendiri daripada kawasan yang rambut lebat (biasanya di belakang kepala) ke kawasan yang kurang rambut. Kadar keberjayaan (success rate) penanaman rambut adalah lebih tinggi dari cara lain, menjadikannya popular.
Beberapa selebriti tanah air seperti Riz Aman, PU Riz, Joey Rahman, Along Cham, dan Aliff Aziz adalah contoh artis popular yang telah menjalani rawatan tanam rambut ini.
SIAPA CALON YANG SESUAI UNTUK RAWATAN TANAM RAMBUT?
Rawatan tanam rambut boleh dilakukan untuk mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan yang berisiko tinggi seperti diabetes, HIV, dan masalah jantung. Biasanya, orang yang inginkan rawatan tanam rambut menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk seperti:
- Alopecia areata (rambut gugur secara berkelompok)
- Kebotakan corak lelaki (bercorak M, U atau O)
- Kebotakan corak perempuan (garis rambut atau garisan pembahagi)
- Rambut nipis secara semulajadi
- Garis rambut yang tinggi (dahi luas)
- Parut atau luka kebakaran di kepala
- Kening nipis atau inginkan kening lebih tebal
- Janggut atau misai yang nipis dan mahukan lebih tebal
BAGAIMANA RAWATAN TANAM RAMBUT DILAKUKAN?
Rawatan tanam rambut di hair klinik terbahagi kepada enam bahagian utama yang perlu dilalui dengan teliti untuk mendapatkan hasil terbaik. Proses ini dilakukan oleh doktor berkelayakan yang akan memastikan setiap langkah rawatan berjalan dengan lancar. Jika anda mencari klinik rambut dekat anda, inilah langkah-langkahnya.
Rawatan tanam rambut terbahagi kepada 6 bahagian:
KONSULTASI
Rawatan tanam rambut bermula dengan sesi konsultasi bersama doktor profesional di hair klinik. Doktor akan memeriksa kesihatan anda dan memastikan bahawa anda sesuai untuk menjalani prosedur ini. Sekiranya anda disahkan sihat, anda perlu menyediakan waktu sekitar 6 jam untuk sesi tanam rambut ini. Tanam rambut harga berbeza mengikut jumlah folikel yang dipindahkan, yang akan dibincangkan semasa konsultasi.
REKA BENTUK
Dalam fasa ini, doktor akan membantu anda menentukan reka bentuk rambut atau janggut yang anda inginkan. Reka bentuk ini penting kerana ia akan menjadi bentuk kekal selepas prosedur. Doktor akan membuat tanda (marking) pada kawasan penerima, memastikan folikel rambut ditanam pada kedudukan yang tepat untuk hasil yang semulajadi.
PERSIAPAN KAWASAN PENDERMA (belakang kepala)
Kawasan penderma biasanya di belakang kepala, di mana rambut lebih tebal dan mudah diuruskan. Rambut di kawasan ini akan dicukur hingga 1mm, dan doktor akan menyuntikkan ubat bius untuk keselesaan sepanjang prosedur.
Doktor juga akan mengeluarkan 2 tiub darah anda untuk dijadikan ‘platelet-rich plasma,’ yang membantu meningkatkan kadar kelangsungan hidup folikel yang ditanam. Proses ini sangat penting dalam menjamin keberkesanan kos tanam rambut di Malaysia yang anda bayar.
PENGELUARAN AKAR RAMBUT
Langkah seterusnya adalah pengeluaran folikel rambut satu persatu menggunakan alat khas. Jika anda memerlukan 1000 helai rambut, maka 1000 folikel akan diambil daripada kawasan penderma. Selepas itu, folikel akan direndam dalam ‘platelet-rich plasma’ yang boleh meningkatkan tempoh hidup sehingga 5-6 jam sebelum ditanam.
PERSIAPAN KAWASAN PENERIMA
Seterusnya, kawasan penerima akan disuntik dengan ubat bius untuk mengurangkan rasa tidak selesa. Doktor akan mencucuk kawasan ini untuk membuat lubang yang akan diletakkan akar rambut.
PENANAMAN RAMBUT
Akhir sekali, akar rambut yang dikeluarkan tadi akan ditanam 1-1 ke dalam lubang yang telah disediakan. Proses ini akan mengambil masa 3-4 jam bergantung kepada jumlah rambut yang ingin ditanam.
Jangan risau, proses tanam rambut tidak menyakitkan. Malah, doktor akan selalu bertanya anda jika ada rasa sakit. Jika ada, doktor akan menambah lagi ubat bius supaya anda dapat menjalani prosedur dengan selesa.
KOS RAWATAN TANAM RAMBUT
Dalam pasaran semasa, kos tanam rambut di Malaysia adalah sekitar RM8 hingga RM18 sehelai rambut, bergantung pada klinik rambut yang dipilih. Di Premier Clinic, kami menawarkan tanam rambut harga serendah RM8 setiap helai untuk membantu lebih ramai individu mengatasi masalah keguguran rambut tanpa membebankan. Walaupun dengan harga hair transplant yang lebih rendah, kami mengekalkan kualiti tinggi dalam perkhidmatan kami.
Kami juga berbangga kerana telah menerima anugerah TOP HAIR TRANSPLANT PROVIDER ASIA PACIFIC pada tahun 2019, mengatasi klinik rambut dari Singapura, Australia, Thailand, dan Indonesia. Di samping itu, Harper’s Bazaar turut mengiktiraf kami dalam MEDICAL AESTHETIC AWARD 2019 untuk ‘BEST HAIR LOSS TREATMENT 2019’, menjadikan kami salah satu klinik rambut paling dekat anda yang berprestasi dan diiktiraf antarabangsa.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN / PENJAGAAN SEBELUM MELAKUKAN RAWATAN TANAM RAMBUT
Sebelum anda menjalani proses tanam rambut, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.
Rawatan tanam rambut memerlukan 2 minggu untuk pulih
Kawasan penderma memerlukan sekurang-kurangnya 2 minggu untuk pulih sepenuhnya. Dalam tempoh masa ini, anda dinasihatkan untuk menjaga kulit kepala dengan baik, dan elakkan dari aktiviti yang mendedahkan kulit kepala dengan jangkitan kuman. Aktiviti seperti berenang dan sukan yang berat sehingga menyebabkan peluh haruslah dielakkan.
Untuk mengurangkan risiko jangkitan, kami akan membekalkan anda dengan krim anti-kuman.
Rambut yang ditanam akan gugur
Dalam 3 minggu pertama selepas rawatan, sebahagian rambut akan gugur sementara. Tapi jangan risau, hanya bahagian atas rambut yang gugur, meninggalkan akar rambut di dalam liang roma. Akar rambut ini akan menggalakkan penumbuhan folikel rambut yang lain. Hal ini adalah sangat normal.
Dapatkan rawatan daripada klinik yang berdaftar dan doktor yang berpengalaman
Masakini, banyak pusat kecantikan menawarkan rawatan tanam rambut pada harga yang sangat murah. Namun, anda dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan dari doktor profesional dan klinik rambut pakar untuk rawatan ini supaya dapat mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku.
Antara risiko jika rawatan dilakukan oleh pengamal kesihatan yang tidak bertauliah ialah ubat bius akan teralih ke kawasan lain, menyebabkan muka anda bengkak dan lumpuh, pembuluh darah pecah, dan darah beku.
HUKUM RAWATAN TANAM RAMBUT DALAM ISLAM
Majlis Fatwa Islam pada tahun 2011 telah menjelaskan perihal Hukum Rawatan Tanam Rambut dimana ianya adalah HARUS selagi menggunakan rambut sendiri dan tidak melibatkan barang-barang yang terlarang.
Jadi, umat Islam boleh melakukan rawatan tanam rambut ini tanpa ragu-ragu.
Rujukan: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1434-irsyad-al-fatwa-ke-150-hukum-menjual-menderma-dan-menanam-rambut
TEMPAT UNTUK RAWATAN TANAM RAMBUT
Premier Clinic menawarkan rawatan tanam rambut dan juga rawatan prp rambut dengan tempat yang selesa, dan harga yang amat berpatutan. Doktor dan ahli kumpulan Tanam Rambut kami adalah terlatih dan bersedia untuk membantu anda mendapatkan rambut yang anda inginkan.
Jika anda berminat atau ada apa-apa persoalan mengenai rawatan rambut botak, sila hubungi kami di nombor yang tertera di bawah. Kami sedia untuk menjawab persoalan anda dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.
Whatsapp: https://wa.me/60106621332
Telefon : +6010-662-1332
Email: contactus@premier-clinic.com
APA KATA PELANGGAN KAMI
“Saya mengalami masalah rambut gugur ni dari umur 20-an lagi. Bila masuk umur 30, saya dah botak di tengah. Puas dah saya cari rawatan lain, tapi semuanya tak berguna. Alhamdulillah, lepas buat rawatan tanam rambut ni, rambut saya dah makin lebat macam asal. Dah nampak lebih handsome!”
Amin M, 32
“Sebelum ni saya rasa kurang keyakinan diri bila orang kata rambut saya gugur, muka saya dah macam orang tua. Memang bila tengok dalam cermin pun saya nampak tua dari umur asal. Akhirnya saya kumpul duit dan pergi ke Premier Clinic. 1 treatment je, sekarang saya nampak lebih muda. Haha…. Siapa yang nak try tu boleh lah. Recommend sangat.”
Big E, 26
“Saya start gugur rambut ni bila berlakon banyak telemovie. Semua kena pakai macam-macam produk rambut. Akhirnya rambut saya jadi semakin kurang. Bila Premier Clinic kata ada solution, saya pergi lah try. Alhamdulillah, memang menjadi. Staff oun friendly, doktor Foo pun professional. Yang paling penting, result sangat ok! ”
Adrian, 37
Rujukan:
- https://premier-clinic.com/our-services/fue-hair-transplant-bf/
- https://premier-clinic.com/skin-and-body-problems/hair-loss-in-men-women-causes-symptoms/
- https://www.healthline.com/health/does-hair-transplant-work
- https://www.globalhealthhair.com/advantages-hair-transplant-fue-technique/
- https://www.medaway.co.uk/fue-hair-transplant/
- https://www.bosley.com/hair-transplant/follicular-unit-extraction/
- https://www.hairtransplants-hdc.com/blog/item/avoiding-scarring-and-depletion-of-the-donor-in-large-fue-sessions
- https://www.kordhairclinics.gr/en/hair-transplantation/donor-area-recipient-area/
- https://drserkanaygin.com/frequently-asked-questions-fue-hair-transplant
- https://wimpoleclinic.com/blog/faqs-about-follicular-unit-extraction-fue-hair-transplants/
- https://bhrclinic.com/fue-donor-management-harvesting-protocol/
- https://theidleman.com/blogs/life/do-hair-transplants-really-work-10-facts-you-need-to-know
- https://www.hshairclinic.co.uk/hair-loss-treatment/fue-hair-transplant/
- https://solveclinics.com/what-is-the-recovery-like-after-a-fue-hair-transplant/
- https://www.healthline.com/health/alopecia-areata#types
View Comments
Hi, I’m rafiq. I want to know how much it will cost in total for hair transplants?
Hi Rafiq, the cost for a hair transplant is RM8/hair. For more details you may contact our customer services at +6010-662-1332. Thank you
I am really thankful to the owner of this web site who has shared this fantastic article at at this time. Benedikta Wallace Blane
Thanks for an interesting article.
I always emailed this blog post page to all my associates, as if like to read it after that my links will too. Hollie Skell Grew
I like this web site very much so much superb info . Estrellita Jan Arnulfo
Brilliant post this match. I was checking constantly this vortal and Im ecciting! Extremely useful info specifically the last post :) I was looking for this particular info for a long time. Thank you and good luck...
I like the valuable information you provide to your articles. I will bookmark your weblog and take a look at again here regularly. Lucretia Mortie Olnay
I have recently started a website, the info you offer on this site has helped me greatly. Thank you for all of your time & work. Kirbee Emmy Ilka
You are my aspiration , I have few blogs and occasionally run out from to brand. Devonna Eugene Ceil
The facts mentioned in the article are some of the most effective readily available. Lia Mathe Dennett
In order to become a good soccer player, you need to learn how to dribble. Hildy Quintin Huebner