Lindungi Diri Anda Dengan HIV PEP

PEP: TABLET ANTI-JANGKITAN HIV

Doktor atau penasihat kesihatan anda mungkin akan bertanya beberapa soalan sebelum mereka memberi preskripsi PEP kepada anda seperti:

  • Dengan siapakah anda melakukan hubungan seks untuk menilai risiko pendedahan kepada HIV
  • Jenis hubungan seks yang anda lakukan - oral, vagina atau anal
  • Sama ada orang/ pasangan tersebut pasti mempunyai HIV atau tidak
PEP-HIV-Treatment-Medication

APA ITU PEP?

Profilaksis pasca-pendedahan (PEP) merupakan satu siri ubat anti-HIV yang membantu mencegah penularan jangkitan selepas terdedah kepada HIV (dalam beberapa jam). Adalah disarankan untuk memulakan PEP dalam tempoh 72 jam (3 hari) selepas berlakunya pendedahan, jika tidak ubat ini akan tidak berkesan. Anda perlu mendapatkan PEP secepat mungkin selepas berhadapan dengan situasi berikut:

  • Kondom pecah semasa hubungan seks anal/ vagina
  • Hubungan seks anal/ vagina tanpa kondom 
  • Berkongsi jarum untuk suntikan dadah atau bahan lain
  • Terdedah kepada HIV di tempat kerja
PEP-HIV-Treatment-Medication
PEP-HIV-Treatment-Medication

BAGAIMANA PEP BERFUNGSI?

PEP berfungsi dengan menghentikan virus atau jangkitan daripada mereplikasi dalam sistem tubuh anda. Ubat ini melibatkan program penuh selama 4 minggu (28 hari) rawatan HIV yang perlu diambil setiap hari. PEP akan mengganggu laluan atau sistem yang digunakan oleh virus HIV untuk menyebabkan jangkitan kekal. 

Ubat PEP akan masuk ke dalam aliran darah, tisu genital dan rektum. Sel yang dijangkiti akan mati secara semulajadi dalam masa yang singkat tanpa menghasilkan lebih banyak salinan virus HIV dan menubuhkan dirinya dalam badan kita.  

Adalah penting bagi pesakit untuk tidak mempunyai pendedahan lanjut dan berterusan kepada HIV semasa mengambil ubat PEP.

 

PEP-HIV-Treatment-Medication
PEP-HIV-Treatment-Medication

KEBAIKAN PEP 

Kebaikan PEP termasuk:

  • Melindungi anda daripada kesan maut HIV
  • Tiada had kepada HIV PEP
  • Mengurangkan risiko pendedahan HIV
  • Meningkatkan tindak balas terhadap virus HIV
PrEP-Anti-HIV-Medication
PrEP-Anti-HIV-Medication

LANGKAH BERJAGA-JAGA DALAM PENGAMBILAN PEP

Pesakit disarankan untuk tidak mengambil atau mengurangkan penggunaan dadah rekreasi semasa mengambil PEP. Pengambilan dadah jenis ini secara serentak dengan PEP mungkin merosakkan sistem imun anda di mana badan boleh bertindak balas secara berbeza terhadap banyak dadah ini. Ia juga boleh menyebabkan gangguan dan menjejaskan keberkesanan PEP. 

Pesakit dinasihatkan untuk tidak berhenti atau melangkau dos PEP selepas terdedah kepada jangkitan virus HIV. Ia mungkin berbahaya kerana ubat ini diberikan selama 28 hari, bermakna ia mesti diambil selama 28 hari berturut-turut untuk mempunyai peluang terbaik menghentikan penularan jangkitan HIV.

Tidak disarankan mengambil PEP selepas kemungkinan terdedah kepada HIV melalui seks oral atau aktiviti berisiko rendah yang lain.

PEP-HIV-Treatment-Medication
PEP-HIV-Treatment-Medication
PEP-HIV-Treatment-Medication

KESAN SAMPINGAN PEP

Tiada kesan sampingan jangka panjang dalam pengambilan ubat ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan sampingan minimal selepas mengambilnya. Pesakit mungkin mengalami cirit-birit, sakit kepala, muntah atau keletihan. Pada kebiasanya pesakit akan bertambah baik apabila terus mengambil PEP. 

 

DI MANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN RAWATAN INI? 

Bagi mereka yang baru sahaja terdedah kepada jangkitan HIV, anda bolehlah berjumpa dengan doktor anda atau bilik kecemasan dengan segera. Doktor -doktor kami berkelayakan dan sangat berpengalaman dalam menangani pesakit dan kes HIV. 

Kami berada di cawangan KL City, Bangsar, TTDI dan Mont Kiara. Untuk menempah sesi konsultasi, anda boleh hubungi wakil perkhidmatan pelanggan kami yang sedia membantu anda:

WhatsApp: https://wa.me/60106621332
Hubungi: +6010-662-1332
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Erection Booster
Whatsapp