Penjagaan Bulu Muka (Pemindahan Jambang FUE)

PEMINDAHAN RAMBUT FUE UNTUK JAMBANG

Janggut atau jambang adalah penting bagi kaum lelaki atas beberapa sebab, antaranya termasuk simbol kejantanan atau lelaki sejati, cara untuk mengekspresikan gaya peribadi, dan juga untuk menyerlahkan ciri-ciri wajah.

Janggut dan jambang yang rapi juga dalam masa yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan diri, menarik perhatian wanita atau pasangan, dan dalam sesetengah budaya, menandakan status sosial atau afiliasi agama.

APA ITU PEMINDAHAN RAMBUT UNTUK JAMBANG?

Pemindahan rambut pada wajah seperti pemindahan janggut atau jambang adalah salah satu rawatan estetik yang paling dicari oleh kaum lelaki dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini kerana meraka ingin mendapatkan penampilan yang lebih "maskulin", namun permintaannya yang tinggi juga boleh disebabkan oleh faktor dan sebab-sebab yany lain. Follicular Unit Extraction (FUE) dalam pemindahan jambang adalah prosedur pemindahan rambut yang melibatkan pengambilan folikel rambut yang sihat dari kawasan penderma dan memindahkannya ke kawasan penerima di mana kawasan jambang atau janggut tersebut adalah nipis atau tidak ada langsung. Seperti mana prosedur pemindahan rambut FUE, pengambilan, pengekstrakan dan penanaman rambut yang dicantumkan ke wajah diterapkan dalam prosedur pemindahan rambut jambang.

.

FUE Beard Transplant

FUE Beard Transplant

BAGAIMANA PEMINDAHAN RAMBUT UNTUK JAMBANG DILAKUKAN?

Semasa sesi konsultasi pertama, doktor pakar rambut kami akan membincangkan dua perkara utama dengan anda - Pertama, reka bentuk kawasan penerima yang diinginkan dan yang kedua, jumlah cantuman folikel rambut yang boleh diambil dari kawasan penderma. Kebiasaannya prosedur ini boleh memakan masa, namun selalunya prosedur diselesaikan dalam satu sesi sahaja. Doktor anda akan berbincang dengan anda terlebih dahulu mengenai hasil yang diinginkan sebelum meneruskan prosedur dalam sesi yang berasingan.

Untuk memulakan prosedur, proses penandaan kawasan berdasarkan permintaan anda akan dilakukan terlebih dahulu kawasan di mana pemindahan jambang akan dilakukan. Kemudian, proses mencukur di kawasan penderma di bahagian belakang kepala anda untuk menjadikannya jelas ketika operasi pemindahan berlaku. Selepas itu, helaian rambut diambil dan dikeluarkan (bersama dengan akar folikel) satu persatu dan dimasukkan semula ke dalam pipi, dagu, atau leher untuk menutup kawasan wajah yang tidak berambut atau untuk mengisi pertumbuhan jambang dan janggut yang tidak sekata 

Empat langkah yang diselaraskan dengan sempurna oleh pasukan pemindahan rambut yang khusus adalah:

  1. Pengekstrakan folikel rambut dari kawasan penderma

  2. Penyediaan cantuman rambut untuk pemindahan

  3. Membuat lubang di kawasan jambang

  4. Pemindahan folikel rambut ke kawasan penerima

MASALAH YANG BOLEH DISELESAIKAN DENGAN PROSEDUR PEMINDAHAN JAMBANG FUE

Sesetengah lelaki dilahirkan tanpa pertumbuhan rambut pada bahagian wajah atau mempunyai pertumbuhan rambut yang jarang. Ada juga kaum lelaki yang menghadapi ketidakupayaan untuk menumbuhkan rambut wajah yang mana disebabkan oleh pelbagai faktor seperti trauma, pembedahan, atau faktor lain. Kaedah tanam rambut FUE merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah:

  • Lelaki dengan jambang yang sangat sedikit atau tiada langsung.
  • Individu yang ingin meningkatkan ketumpatan rambut jambang atau janggut yang sedia ada.
  • Kehilangan rambut jambanga dan janggut akibat kecederaan atau melecur.
  • Alopecia areata kronik, yang tidak bertindak balas terhadap sebarang rawatan perubatan.
  • Menutup kesan selepas pembedahan bibir sumbing, parut atau ketidaksempurnaan kulit.

FUE Beard Transplant   FUE Beard Transplant

KELEBIHAN MELAKUKAN PROSEDUR PEMINDAHAN JAMBANG SECARA FUE

Antara manfaat pemindahan jambang FUE termasuk:

  • Prosedur yang selamat
  • Hasil yang kekal
  • Prosedur yang tidak sakit kerana menggunakan suntikan anestesia
  • Parut yang minimum kerana FUE menggunakan teknik pemindahan rambut yang paling canggih
  • Rawatan pertumbuhan rambut wajah yang berkesan serta meningkatkan ketumpatan jambang dan janggut yang sedia ada
  • Meningkatkan tahap keyakinan diri, kerana jambang yang penuh dan tebal melambangkan kejantanan, kematangan dan kekuatan lelaki sebenar

FUE Beard Transplant

LANGKAH PENJAGAAN SEMASA MELAKUKAN DAN SELEPAS MELAKUKAN PEMINDAHAN JAMBANG FUE

Faktor kejayaan pemindahan jambang FUE tidak hanya semata mata bergantung kepada pemilihan doktor pakar yang terlatih dan klinik pemulihan rambut yang berprestij; ia juga bergantung kepada penjagaan jambang yang baik. Oleh itu, anda perlu ambil tahu mengenai proses penjagaan yang perlu diikuti selepas prosedur. Antaranya adalah memastikan wajah dan kawasan pada kulit kepala sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan dan kesan sampingan yang mungkin berlaku.

Selain itu, anda perlu tunggu 48 jam sebelum mencuci jambang atau kawasan penanaman rambut tersebut. Jangan khuatir, anda boleh mandi seperti biasa tetapi pastikan kawasan rambut dan janggut anda kering sentiasa kering. Mulai hari ketiga selepas pemindahan, anda boleh mula mencuci rambut dan jambang. Proses mencuci janggut tidak akan merosakkan folikel yang baru ditanam, akan tetapi berhati-hatilah. Jika anda menggosok terlalu kuat, anda boleh menggerakkan cantuman rambut tersebut.

PENGELUARAN AKAR RAMBUT   PENGELUARAN AKAR RAMBUT

FUE BEARD TRANSPLANT before & after     FUE BEARD TRANSPLANT before & after

FUE BEARD TRANSPLANT before & after

TEMPOH MASA PEMULIHAN UNTUK PEMINDAHAN JAMBANG FUE

Memandangkan pemindahan jambang adalah prosedur pesakit luar, anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama sebaik sahaja prosedur selesai. Tempoh pemulihan mengambil masa kira-kira 1-2 minggu. Kira-kira dua hingga tiga minggu selepas pembedahan pemindahan jambang, semua rambut penderma akan gugur. Keadaan ini bersifat sementara sahaja dimana ia merupakan  proses semula jadi prosedur. Kehilangan rambut secara mendadak ini juga akan berlaku selepas pemindahan rambut FUE. Kira-kira empat bulan selepas pemindahan jambang, folikel yang dipindahkan akan mula tumbuh semula. Pertumbuhan ini akan kelihatan semula jadi dan memberikan anda jambang yang tebal, penuh, dan direka dengan baik.

FUE BEARD TRANSPLANT

 

SEBELUM & SELEPAS PROSEDUR PEMINDAHAN JAMBANG FUE

FUE BEARD TRANSPLANT before & after   FUE BEARD TRANSPLANT before & after

FUE BEARD TRANSPLANT before & after   FUE BEARD TRANSPLANT before & after

FUE BEARD TRANSPLANT before & after   FUE BEARD TRANSPLANT before & after

SOAL JAWAB

Siapakah yang sesuai untuk melakukan pemindahan Jambang FUE?

Individu atau lelaki yang mempunyai jamabang atau janggut yang bertompok, nipis atau mereka yang mempunyai parut di kawasan janggut. Penting juga bahawa setiap calon mesti mempunyai rambut yang mencukupi di bahagiankulit kepala untuk digunakan dalam proses pemindahan.

Adakah prosedur ini menyakitkan?

Prosedur ini biasanya tidak menyakitkan kerana dilakukan di bersama suntikan anestesia. Namun, sesetengah pesakit mungkin mengalami ketidakselesaan ringan semasa prosedur kerana tempoh prosedur yang panjang.

Berapa lamakah tempoh pemulihan?

Tempoh pemulihan untuk pemindahan jambang FUE adalah sangat cepat. Kebanyakan pesakit boleh meneruskan aktiviti harian mereka dalam beberapa hari selepas prosedur. Rambut yang dipindahkan akan gugur dalam beberapa minggu pertama, manakala pertumbuhan rambut baru akan bermula dalam beberapa bulan.

Berapa lama hasil pemindahan janggut FUE bertahan?

Hasil pemindahan jambang FUE kebiasaannya akan kekal, kerana folikel rambut yang dipindahkan tahan terhadap masalahkebotakan.

DIMANA RAWATAN INI BOLEH DILAKUKAN?

Adakah anda sedang mencari klinik untuk mendapatkan pemindahan rambut jambang FUE yang terbaik? Tidak perlu risau dan mencari lagi, kami di Premier Clinic sedia membantu! Dengan pasukan doktor dan jururawat yang berpengalaman dan terlatih, peralatan canggih, serta harga yang kompetitif, anda sedang menuju ke arah jambang impian anda. Prosedur pemindahan jambang FUE hanya dilakukan di Premier Clinic Mont Kiara – tempah sesi konsultasi dengan kami dan mulakan perjalanan anda menuju jambang yang lebih penuh dan lebih yakin!

Clinical facilities

Anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai rawatan:

WhatsApp/Hubungi: +6010-662-1332/ +6012-773-2074
Emel: contactus@premier-clinic.com

FUE BEARD TRANSPLANT before & after

Whatsapp