Pemulihara Folikel Rambut (FRF Microneedling)

DARI KERISAUAN KE KESEJAHTERAAN: PENYELESAIAN UNTUK SETIAP MASALAH RAMBUT DAN KULIT KEPALA

Pada abad ke-21, kebimbangan terhadap masalah keguguran rambut semakin meningkat, memberi kesan dan impak kepada individu dari semua jantina lelaki mahupun wanita yang mengutamakan penampilan dan kesihatan dalaman. Faktor seperti pencemaran, tekanan kerja, dan perubahan gaya hidup menyumbang kepada trend ini. Pencemaran mendedahkan rambut kepada toksin yang merosakkan, manakala tekanan mengganggu tahap hormon dan peredaran darah dalam sistem badan, menyebabkan peningkatan keguguran rambut. Diet tidak sihat dan gaya hidup tidak aktif juga dalam masa yang sama melemahkan tahap kesihatan rambut.

Disebabkan itu, perhatian dan fokus terhadap penyelesaian penjagaan rambut semakin meningkat dalam kalangan masyarakat, daripada rawatan topikal hingga prosedur canggih. Ini menunjukkan berlakunya peralihan yang lebih luas ke arah kesihatan holistik, di mana menjaga kesihatan rambut dilihat sebagai salah satu aspek penting untuk kesejahteraan keseluruhan.

REVITALISASI KULIT KEPALA & FOLIKEL ANDA UNTUK RAMBUT SIHAT DI KLINIK RAMBUT YANG BERPENGALAMAN

Memilih jenis rawatan, klinik, dan doktor yang tepat adalah penting dalam menangani masalah keguguran rambut dengan berkesan, walaupun terdapat potensi kos yang lebih tinggi dan komitmen masa. Penyelidikan yang teliti serta konsultasi profesional dengan doktor yang berkelayakan membantu menyesuaikan rawatan mengikut keperluan individu dalam masa yang sama memastikan hasil yang memuaskan. Klinik yang bertauliah dibantu dengan pengamal perubatan yang berpengalaman menawarkan hasil rawatan yang selamat dan berkesan, manakala kepakaran khusus dalam setiap rawatan juga membantu meningkatkan kejayaan rawatan. 

Teknologi inovatif seperti RF microneedling menyediakan pilihan tidak invasif untuk meningkatkan ketumpatan dan kualiti anak rambut, melengkapkan pendekatan rawatan yang komprehensif. Dengan mengutamakan kualiti dalam pemilihan rawatan, individu boleh mencapai hasil yang optimum dan kepuasan dalam menangani kebimbangan keguguran rambut.

APA ITU RADIOFREQUENCY MICRONEEDLING UNTUK MASALAH KEGUGURAN RAMBUT?

Pada asalnya, rawatan ini dipuji oleh peminat penjagaan kulit dimana ia memperbaiki keseluruhan penampilan kulit anda, radiofrequency (RF) microneedling yang menggabungkan manfaat tenaga radiofrequency dan microneedling, kini telah berkembang dengan meluas dalam merawat dan mencegah masalah keguguran rambut disamping meremajakan kulit kepala dan merangsang pertumbuhan anak rambut. Kajian mendapati bahawa RF microneedling boleh meningkatkan ketumpatan rambut sehingga 25% selepas satu tahun.

 

BAGAIMANA RAWATAN FRACTIONAL RADIOFREQUENCY MICRONEEDLING (FRM) BERFUNGSI DALAM PERTUMBUHAN RAMBUT??

RF microneedling merupakan gabungan kuat antara dua teknologi radiofrequency dan microneedling. Pada kebiasaanya, pakar masalah keguguran rambut akan membersihkan kawasan rawatan tyerlebih dahulu dan kemudian mengebaskan kulit kepala atau kawasan rawatan yang memerlukan rawatan pertumbuhan rambut. Setelah kawasan rawatan sedia, rawatan microneedling akan dimulakan dengan menusuk kulit kepala menggunakan alat tangan berbentuk jarum kecil untuk mencipta micro-injury.

Proses ini, digabungkan sekali dengan tenaga radiofrequency, bagi meningkatkan aliran darah ke dalam kulit kepala dan merangsang mekanisme penyembuhan semula jadi, mendorong pengeluaran kolagen dan elastin. Hanya 45 minit hingga satu jam sahaja diperlukan untuk anda mula lihat pertumbuhan rambut baru dalam dua hingga empat bulan selepas prosedur.

Selain itu, microneedling meningkatkan penyerapan ubat topikal seperti minoxidil, untuk kuasa penebalan rambut tambahan. Menggabungkan microneedling dengan minoxidil lebih berkesan daripada rawatan tunggal, kerana jarum membantu membuka penghalang kulit, membolehkan penghantaran ubat pada tahap yang lebih mendalam.

KEBAIKAN FRACTIONAL RADIOFREQUENCY MICRONEEDLING (FRM) UNTUK MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

Gabungan penggunaan tenaga radiofrequency dan microneedling memberi kesan berganda pada proses pertumbuhan semula rambut. Tenaga haba RF dan jarum disesuaikan dengan teliti untuk memenuhi keperluan khusus setiap kondisi kulit kepala individu.

Antara kelebihan lain menggunakan rawatan RF microneedling untuk keguguran rambut termasuk:

  • Merangsang & menguatkan folikel rambut
  • Meningkatkan pengeluaran kolagen
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Meningkatkan penyerapan ubat topikal

 

MASALAH YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN FRACTIONAL RADIOFREQUENCY MICRONEEDLING (FRM) UNTUK KEGUGURAN RAMBUT

Masalah rambut gugur boleh menjadi sangat mengganggu, sama ada di bilik mandi atau di lantai bilik tidur anda. Keguguran rambut yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan kepada individu, hal ini kerana rambut sering disimbolikkan sebagai mahkota. Kehilangan rambut pasti membuatkan mana mana individu terganggu dan sakit kepala memikirkan kesannya.

Dengan teknologi FRM, kami boleh menangani masalah keguguran rambut ini, seperti:

  • Rambut menipis
  • Garis rambut surut dan berkurang
  • Keguguran rambut akibat kondisi kulit kepala

FRM boleh menjadi salah satu penyelesaian rambut terbaik sebelum mempertimbangkan pendekatan yang lebih ekstrem.

KESAN SAMPINGAN & MASA PEMULIHAN UNTUK FRM

Microneedling berfungsi dengan menginduksi kecederaan terkawal ke dalam dermis. Dalam kes ini, setiap "kecederaan" adalah sangat kecil, tidak cukup besar untuk menyebabkan kesakitan atau parut. Dalam kebanyakan kes, perubahan fizikal pada kulit yang anda lihat selepas menjalani RF microneedling hanyalah kemerahan, kesakitan, dan gatal-gatal, tetapi anda tidak perlu risau kerana ia akan berkurangan selepas beberapa hari.

 

SOAL JAWAB

1. Apakah perbezaan antara RF microneedling dan microneedling?

RF microneedling adalah rawatan gabungan yang menggunakan tenaga radiofrequency bersama microneedling untuk memperbaiki tekstur kulit anda. Ini memberikan anda hasil yang lebih cepat dan lebih berkesan berbanding rawatan tunggal.

2. Adakah RF microneedling sesuai untuk lelaki?

Ya, RF microneedling berkesan untuk merawat masalah keguguran rambut pada lelaki mahupun wanita yang menghadapi androgenetic alopecia (keguguran rambut bercorak lelaki dan wanita).

3. Berapa banyak sesi diperlukan dalam RF microneedling untuk mula melihat pertumbuhan rambut pada kulit kepala saya?

Secara amnya, satu siri sesi, biasanya dari tiga hingga enam rawatan, dijarakkan beberapa minggu antara satu sama lain, disarankan untuk mula melihat peningkatan ketara dalam pertumbuhan rambut. Sesi penyelenggaraan disyorkan setiap enam bulan selepas satu siri rawatan.

SEBELUM & SELEPAS FRACTIONAL RF MICRONEEDLING

BERAPA KOS RF MICRONEEDLING UNTUK KEGUGURAN RAMBUT?

Satu sesi RF microneedling dianggarkan antara RM4000 hingga RM8000. Kos secara menyeluruh akan ditentukan oleh faktor-faktor khusus dan tertentu untuk setiap individu. Tingkatkan keyakinan dan kesejahteraan anda pada harga yang berpatutan iaitu RM5000 setiap sesi. Percayakan kepada pakar kami, ikuti perjalanan ini, dan saksikan sendiri kebangkitan semula pertumbuhan rambut sihat anda dengan Premier Clinic.

 

DI MANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN RF MICRONEEDLING UNTUK MASALAH KEGUGURAN RAMBUT DI MALAYSIA?

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk menggabungkan teknologi RF microneedling sebagai pilihan utama untuk mempercepatkan proses pertumbuhan rambut anda, hubungi pegawai khidmat pelanggan kami untuk membuat temujanji atau mengetahui bagaimana rawatan RF microneedling untuk keguguran rambut boleh membantu anda. Kami sentiasa bersedia dari 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari untuk menjawab pertanyaan anda mahupun membuat temujanji.

Sebagai alternatif, anda boleh datang ke mana-mana klinik kami yang terletak di Bangsar atau Mont Kiara untuk membuat temujanji.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:

WhatsApp:https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6010-662-1332
Hubungi: +6012-773-2074
Emel: contactus@premier-clinic.com

This website uses cookies.