Penambahbaik Tenaga Batin (Suntikan Caverject)

RAWATAN MATI PUCUK LELAKI DI KLINIK KAMI DI MALAYSIA: SOLUSI UNTUK MASALAH ANDA

Matlamat kami adalah untuk menangani masalah ketidakupayaan untuk mengekalkan ereksi yang mana boleh menjejaskan hubungan intim, sering kali membawa kepada perasaan kecewa dan tekanan emosi. Oleh itu, klinik rawatan mati pucuk lelaki kami di Malaysia menawarkan penyelesaian yang boleh memberikan perbezaan nyata. Suntikan Erection Booster dengan Caverject adalah cara yang dipercayai, pantas, dan selamat untuk memulihkan keyakinan dalam kehidupan intim anda.

Anda tidak perlu membiarkan masalah ini menentukan kebahagiaan anda — ambil langkah pertama menuju kehidupan yang lebih memuaskan dan bebas dari kebimbangan bersama klinik estetik Premier4Him di Kuala Lumpur. Doktor pakar masalah mati pucuk kami memahami betapa pentingnya menangani isu ini secara berdisiplin dan berkesan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan mati pucuk lelaki yang ada di Premier4Him, serta harga rawatan mati pucuk, anda boleh layari artikel hebat ini atau hubungi wakil khidmat pelanggan kami.

DAPATKAN SESI RUNDINGAN DENGAN DOKTOR KAMI UNTUK MASALAH LEMAH TENAGA BATIN

Doktor di semua cawangan kami sangat berkemahiran tinggi serta bertauliah dalam menyediakan rawatan mati pucuk menggunakan Suntikan Caverject. Kaedah suntikan ini tidak invasif dimana ia memastikan waktu pemulihan yang cepat, disamping mengutamakan keselamatan. Rawatan alternatif bukan oral ini menawarkan dos yang tepat dan telah terbukti secara klinikal untuk keberkesanannya. Dengan memanfaatkan mekanisme tindak balas semula jadi tubuh, rawatan lemah tenaga batin ini pasti menjadi rawatan yang bersifat peribadi dan bebas dari kerumitan untuk masalah mati pucuk.

TAHAN LEBIH LAMA, LEBIH KUAT DENGAN CAVERJECT

Ingin tahan lebih lama di ranjang? 

Mengimpikan hubungan intim yang lebih baik bersama pasangan anda?

Adakah zakar anda memperlambatkan prestasi anda?

Caverject adalah ubat preskripsi yang diberikan oleh doktor yang mana digunakan untuk merawat masalah seksual lelaki seperti mati pucuk (ED) atau digunakan bersama ujian perubatan lain untuk mendiagnosis ED. Rawatan mati pucuk ini berfungsi dengan membantu aliran darah ke zakar dan mengekalkan ereksi.

Bilangan rawatan atau sesi yang diperlukan bagi setiap pesakit adalah berbeza bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri dan juga tahap keseriusan masalahnya. Begitu juga dengan harga rawatan bagi masalah mati pucuk, yang mana sangat bergantung pada keadaan dan kondisi zakar pesakit serta kemahiran dan pengalaman doktor yang merawat. Memilih doktor yang tidak bertauliah adalah tidak disyorkan, pilihlah klinik mati pucuk yang sah dan berlesen di Malaysia untuk keselamatan anda.

APA ITU SUNTIKAN CAVERJECT?

Caverject adalah Prostaglandin E1, yang juga dikenali sebagai alprostadil. Ia adalah ubat preskripsi yang boleh membantu anda mencapai ereksi yang lebih baik dan tahan lebih lama. Caverject hanya boleh diberikan oleh doktor profesional selepas pemeriksaan kesihatan lanjut.

caverject malaysia

BAGAIMANA CAVERJECT BERFUNGSI?

Caverject berfungsi dengan melebarkan saluran darah, yang mana ia membolehkan lebih banyak darah mengalir ke kawasan alat sulit anda. Apabila lebih banyak darah tertumpu di situ, zakar anda akan mengeras dan menjadi ereksi secara semula jadi.

Untuk menggunakan suntikan Caverject, anda perlu menyuntikkannya mengikut arahan yang diberikan ke dalam zakar. Pastikan kawasan suntikan bersih (gunakan sapuan alkohol). Anda boleh menyuntik ke mana-mana bahagian zakar (batang atau kepala). Pastikan juga anda menukar lokasi suntikan untuk mengelakkan masalah jangkitan.

HOW DOES CAVERJECT WORK 02

Langkah 1: Tanggalkan penutup dengan memutar mengikut arah jam dan ke atas.

HOW DOES CAVERJECT WORK 01

Langkah 2: Isi Caverject mengikut jumlah saranan doktor.

HOW DOES CAVERJECT WORK 03

Langkah 3: Pegang botol dalam kedudukan tegak untuk mengelakkan tumpahan.

HOW DOES CAVERJECT WORK 04

Langkah 4: Tukar jarum kepada saiz yang lebih kecil.

HOW DOES CAVERJECT WORK 05

Langkah 5: Tekan picagari sehingga titisan kecil cecair keluar.

HOW DOES CAVERJECT WORK 06

Langkah 6: Sasarkan suntikan hanya pada bahagian sisi batang zakar. Elakkan bahagian atas dan bawah.

HOW DOES CAVERJECT WORK 07

Langkah 7: Suntik terus ke bahagian sisi zakar.

HOW DOES CAVERJECT WORK 08

Langkah 8: Habiskan suntikan cecair dan nikmati hubungan seks anda.

HOW DOES CAVERJECT WORK

KEBAIKAN CAVERJECT 

Caverject bermanfaat untuk mereka yang menghadapi masalah ereksi seperti: 

  • Zakar membesar tetapi tidak keras (seperti marshmallow)
  • Zakar membesar dan keras tetapi tidak cukup keras untuk penembusan (seperti pisang tanpa kulit)
  • Zakar cukup keras untuk penembusan tetapi tidak sepenuhnya keras (seperti pisang berkulit)
  • Zakar cukup keras tetapi tidak bertahan lama (cepat sampai klimaks)

Apa yang boleh dilakukan oleh suntikan Caverject adalah memberikan zakar anda ereksi yang cukup keras untuk tempoh yang lebih lama (1 jam).

  • Tidak memerlukan pengambilan oral bagi mereka yang tidak sesuai dengan Viagra atau Cialis.
  • Kesan lebih pantas berbanding tablet oral atau ubat makan.
  • Kajian mengenai tahap kepuasan terhadap Caverject menunjukkan bahawa 73% daripada subjek menyatakan suntikan Caverject lebih memuaskan berbanding dengan ubat-ubatan lain.
Erection Booster

LANGKAH BERJAGA-JAGA KETIKA DALAM PENGAMBILAN CAVERJECT

Caverject tidak sesuai digunakan oleh wanita atau kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Ia juga tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai implan zakar. Langkah berjaga-jaga lain termasuklah: 

  • Dapatkan rawatan profesional jika anda mengalami ereksi melebihi 4 jam.
  • Elakkan penggunaan caverject jika anda mempunyai sejarah leukemia atau myeloma.
  • Elakkan jika anda mempunyai saiz zakar yang luar biasa atau cacat.
  • Mempunyai sejarah serangan jantung.

Maklumkan kepada doktor kami jika anda sedang dalam pengambilan sebarang ubat termasuk preskripsi, ubat di kaunter, atau tonik herba.

erectile dysfunction clinic malaysia

KESAN SAMPINGAN CAVERJECT

Suntikan Caverject jarang menyebabkan berlakunya kesan sampingan. Namun, terdapat beberapa kes yang melibatkan:

  • Ereksi yang lebih dari 4 jam. Ini disebabkan oleh interaksi dengan ubat lain yang diambil bersama Caverject. Jika anda sedang mengambil sebarang ubat, sila maklumkan kepada kami sebelum kami memberi preskripsi Caverject.
  • Tekanan darah rendah. Ketika ereksiereksi, darah akan mengalir terus ke kawasan zakar. Hal ini mungkin bokeh menyebabkan berlakunya penurunan tekanan darah. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, doktor kami akan melakukan penilaian awal terlebih dahulu sebelum memberi preskripsi ubat. 
  • Peningkatan risiko masalah jantung. Ini berlaku pada pesakit yang sedia ada masalah jantung, dan keadaan ini boleh diperburuk oleh ubat-ubatan. Oleh kerana FUNGSI Caverject adalah untuk melebarkan saluran darah, ia mungkin menyebabkan aliran darah yang terlalu kuat bagi sesetengah pesakit yang mempunyai masalah jantung. Sila maklumkan kepada doktor kami jika anda pernah mengalami keadaan dan gejala ini.

DIMANAKAH BOLEH MENDAPATKAN RAWATAN MATI PUCUK LELAKI? 

Caverject boleh didapati di mana-mana cawangan kami. Oleh kerana ia adalah ubat kawalan, anda hanya boleh mendapatkannya selepas pemeriksaan perubatan menyeluruh oleh doktor mati pucuk yang bertauliah seperti di Premier4Him. Harga rawatan mati pucuk ini mungkin berbeza antara klinik, bergantung kepada jenama dan pengalaman doktor. Anda boleh menghubungi wakil khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang harga, prosedur, dan faedah rawatan mati pucuk ini.

Selain daripada pertanyaan berkaitan harga dan kos rawatan lemah tenaga batin, anda juga mungkin ingin mengetahui jenis-jenis perkhidmatan lain seperti suntikan filler zakar dan juga sunat ZSR di Malaysia. Jika anda sedang mencari rawatan rambut gugur untuk lelaki, kami juga menyediakan perkhidmatan seperti pemindahan rambut FUE dan rawatan PRP di semua cawangan kami di Malaysia.

Kunjungi cawangan kami Bangsar, KL City, and Mont Kiara untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan ini. Kami boleh mengatur sesi perundingan dengan doktor kami di: 

WhatsApp/Hubungi: +6010-662-1332 (B. Melayu/ B. Inggeris) / +6012-773-2074 (B. Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Erection Booster
Whatsapp