PENINGKAT FOLIKEL RAMBUT DENGAN SMP
Masalah rambut gugur memberi kesan kepada jutaan orang di seluruh dunia dimana ia sedikit sebanyak menjejaskan tahap keyakinan diri dan harga diri seseorang individu.
Namun, terdapat satu penyelesai baru kepada masalah rambut gugur ini yang mana ia semakin popular: mikropigmentasi kulit kepala (SMP). SMP merupakan prosedur kosmetik kekal yang tidak invasif dan mendapat sambutan hangat sebagai penyelesaian masalah rambut gugur bagi lelaki dan juga wanita.
APA ITU RAWATAN MIKROPIGMENTASI KULIT KEPALA?
Mikropigmentasi kulit kepala, atau dikenali sebagai SMP, mengubah kehidupan kaum lelaki di Malaysia dan juga seluruh dunia yang mengalami masalah keguguran rambut. Rawatan SMP memberi mereka nafas baru serta meningkat tahap keyakinan diri dengan penampilan yang lebih muda dan menarik.
Bertentangan dengan apa yang sering dipromosikan di laman iklan sebagai alternatif kepada pemindahan rambut atau rawatan keguguran rambut, kaedah ini sama sekali TIDAK bertindak sebagai pengganti kepada rawatan pemindahan rambut. Teknik ini tidak melibatkan sebarang jenis proses pemindahan rambut atau sebarang kepingan rambut, sama sekali tidak seperti prosedur pemindahan rambut FUE.
Jika sebelum ini anda telah menjalani rawatan penanaman rambut atau rawatan keguguran rambut lain seperti PRP atau suntikan pengisi rambut dan masih mengalami masalah ketumpatan, SMP berfungsi dengan baik sebagai penyelesaian gabungan bersama pemindahan rambut FUE untuk mencipta ilusi rambut yang kelihatan lebih penuh dan lebat. Kawasan yang sering menjadi perhatian adalah bahagian mahkota dan garis rambut hadapan.
SMP juga merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang mahukan gaya rambut potong penuh atau penampilan bercukur, daripada kepala penuh dengan rambut. Di sini, kita akan mendalami dengan lebih mendalam dengan melihat proses rawatan dari awal hingga akhir serta anda boleh memahami dengan lebih jelas apa yang boleh dijangkakan daripada prosedur mikropigmentasi kulit kepala sebagai sebahagian daripada pengalaman rawatan pertumbuhan rambut anda.
BAGAIMANA MIKROPIGMENTASI KULIT KEPALA DILAKUKAN?
Walaupun dengan keberkesanan FUE yang mampu memberikan kadar kelangsungan hidup folikel rambut yang tinggi – FUE atau rawatan keguguran rambut yang lain mungkin tidak dapat memberikan hasil yang anda inginkan. Ramai yang akahirnya menyedari satu rawatan atau kaedah sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan hasil rawatan yang diimpikan.
Mikropigmentasi kulit kepala merupakan teknik yang digunakan untuk melengkapi rawatan keguguran rambut, menggunakan titik lukisan untuk mencipta ilusi folikel rambut yang tumbuh di bawah kulit anda, serta disesuaikan dengan warna rambut anda untuk campuran semulajadi. SMP melibatkan penggunaan peranti elektronik dengan jarum kecil untuk memasukkan pigmen ke dalam kulit kepala dan garis rambut.
Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:
Langkah 1: Konsultasi
Proses rawatan keguguran rambut dan mikropigmentasi kulit kepala di Premier Clinic bermula dengan sesi konsultasi. Doktor kami akan menilai kulit kepala anda terlebih dahulu, memastikan anda calon yang sesuai untuk prosedur SMP, membincangkan gaya yang anda inginkan serta merancang bentuk serta warna terbaik untuk anda.
Langkah 2: Reka Bentuk Garis Rambut
Doktor akan mencadangkan garis rambut dan menjelaskan tentang apa yang akan dilakukan selaras dengan jangkaan anda. Selepas itu, krim kebas akan disapukan ke bahagian kulit kepala anda dan dibiarkan selama kira-kira 30 minit.
Langkah 3: Pelaksanaan Pigmen
Doktor akan membuat insisi kecil pada kulit kepala, kemudian pigmen semulajadi disuntik titik demi titik di mana sahaja rambut anda memerlukan penebalan, mengikut arah dan ketumpatan corak rambut asal anda.
Langkah 4: Hasil Segera
Anda akan keluar dari bilik rawatan dengan rambut yang kelihatan lebih penuh, tebal dengan serta-merta!
Sesi mikropigmentasi kulit kepala di Premier Clinic boleh dilakukan dalam satu sesi sahaja dan biasanya mengambil masa sekitar 2-4 jam dari mula hingga selesai, bergantung pada saiz kawasan rawatan.
MANFAAT RAWATAN MIKROPIGMENTASI KULIT KEPALA
Hasil rawatan yang kelihatan semula jadi – Dengan titik dakwat yang kelihatan seperti folikel semula jadi, SMP memberikan penyelesaian yang 100% nampak semula jadi dan pelanggan kelihatan hebat!
Ketumpatan segera – Mikropigmentasi kulit kepala atau titik-titik kecil atau garisan diaplikasikan di antara rambut yang sedia ada untuk memberikan ilusi ketumpatan yang lebih tinggi dan rambut yang lebih penuh dengan hasil yang dapat dilihat dengan serta-merta.
Masa pemulihan yang minimal – Sebagai salah satu rawatan yang minimal invasif, SMP tidak memerlukan masa pemulihan – ketidakselesaan minimal, tiada jahitan, tiada parut.
Lebih yakin – Selalu memakai topi untuk menyembunyikan garis rambut atau kawasan rambut yang kurang ketumpatan? Dengan SMP yang melengkapi pemindahan rambut FUE, anda tidah perlu khuatir lagi. Anda akan bangga untuk menunjukkan rambut anda yang telah penuh kembali!
MASALAH YANG DIBANTU OLEH MIKROPIGMENTASI KULIT KEPALA?
Mikropigmentasi kulit kepala adalah rawatan yang sangat popular untuk melengkapi kebanyakan rawatan keguguran rambut di Malaysia, terutamanya pemindahan rambut FUE, kerana prosedur ini dapat menyelesaikan masalah keguguran rambut lelaki dan memperbaharui keyakinan mereka.
1) Menambah Ketumpatan Rambut Selepas Pemindahan Rambut FUE
Jika anda mencari rawatan gabungan FUE dan SMP, disarankan untuk memulakan dengan FUE terlebih dahulu. SMP berfungsi dengan baik sebagai penyelesaian gabungan dengan pemindahan rambut FUE dimana ia bertindak dengan meniru folikel rambut yang sihat di kawasan yang memerlukan dan mencipta ilusi rambut, di mana rambut tidak tumbuh.
2) Penutup Parut
Mikropigmentasi kulit kepala adalah teknik penutupan parut kepala yang berkesan. Kebiasaanya doktor yang berpengalaman akan menutupi tanda atau parut dengan menggunakan pigmen yang sepadan dengan rambut dan kulit kepala anda, untuk meniru kesan folikel rambut. SMP boleh menyembunyikan parut, sama ada dari pemindahan rambut atau kecederaan sebelum ini, dengan sangat sempurna.
3) Mencipta Semula Garis Rambut yang Menyusut
Prosedur ini akan bantu memulihkan semula garis rambut anda sepenuhnya dan kelihatan semula jadi. Walaupun garis rambut semula jadi anda telah menyusut, garis rambut baru anda akan membuatkan anda berasa seperti orang yang berbeza.
LANGKAH PENJAGAAN SEMASA MELAKUKAN MIKROPIGMENTASI KULIT KEPALA
Antara risiko terbesar prosedur mikropigmentasi kulit kepala, yang juga dikenali sebagai tatu kulit kepala, adalah dimana ia dilakukan oleh pengamal yang tidak berlesen atau mereka tidak berpengalaman yang mungkin tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan semasa prosedur.
Risiko yang mungkin dihadapi termasuklah:
- Reaksi alahan kepada pigmen kosmetik
- Jangkitan dari jarum yang tidak disterilkan
- Penampilan yang tidak semula jadi atau tidak diingini selepas rawatan
Untuk mengelakkan risiko ini daripada berlaku:
- Pilih klinik mikropigmentasi kulit kepala yang berlesen
- Minta untuk melihat foto prosedur sebelum dan selepas SMP
Jika anda mempunyai alahan, maklumkan terlebuh dahulu kepada jururawat atau juruteknik anda sebelum prosedur.
KESAN SAMPINGAN MIKROPIGMENTASI KULIT KEPALA
Rawatan SMP adalah 100% selamat. Seperti mana-mana rawatan estetik kulit atau rawatan keguguran rambut yang lain, selepas sesi SMP, kulit kepala anda mungkin kelihatan sedikit kemerahan dan rasa sedikit gatal, diikuti dengan keadaan pengelupasan kulit semasa proses penyembuhan. 2-3 hari selepas sesi, kemerahan dan kerengsaan akan hilang dengan sendirinya.
PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN & JANGKAAN WAKTU PEMULIHAN UNTUK RAWATAN MIKROPIGMENTASI KULIT KEPALA
Setelah beberapa minggu selepas rawatan, pigmen akan lekat ke dalam kulit anda dan dalam masa yang sama insisi rawatan akan sembuh. Fasa penyembuhan ini sangat penting bagi menentukan kejayaan rawatan - anda perlu lebih fokus dan memberi perhatian khusus terhadap kulit kepala dan sentiasa mengikuti garis panduan penjagaan selepas yang ditetapkan oleh doktor.
- Jangan basuh rambut anda dalam masa 3 hari pertama. Pakai penutup kepala semasa mandi untuk memastikan kepala dan rambut anda sentiasa kering. Disamping itu, jangan gunakan bahan kimia atau syampu yang merengsakan kulit kepala
- Elakkan senaman berat yang boleh membuatkan anda berpeluh
- Elakkan melakukan aktiviti renang atau air, sauna dan bilik wap selama 5-7 hari selepas rawatan. Wap panas boleh menyebabkan kelembapan berkumpul di bahagian kulit kepala anda
- Elakkan pendedahan kepada matahari di kulit kepala selama 3-7 hari selepas rawatan. Digalakkan untul memaki topi atau penutup kepala untuk melindungi kulit kepala
SEBELUM & SELEPAS SMP
SOALAN LAZIM
Adakah SMP mudah dijaga?
Tiada proses pemulihan dan penjagaan yang ketat diperlukan apabila ia berkaitan dengan mikropigmentasi kulit kepala. Anda tidak perlu melabur dalam produk mahal atau mewarnakan rambut untuk mencapai penampilan yang hebat.
Adakah SMP berbaloi?
Secara ringkasnya, Ya. Mikropigmentasi Kulit Kepala adalah sangat berbaloi. Jika anda seseorang yang mahu mengelak dari melakukan sebarang pembedahan mahal atau invasif, SMP mungkin penyelesaian yang anda tunggu-tunggu selama ini. Ini kerana hasil rawatan adalah tahan lama dan berpanjangan sebelum anda perlu menambah nya semula.
Saya mempunyai masalah kebotakan rambut lelaki. Adakah SMP berguna untuk saya?
Ya, ia boleh dilakukan. Malah, ia juga berguna untuk hampir semua gaya rambut bagi memberikan anda penampilan yang diingini. Sama ada anda mempunyai rambut pendek, rambut panjang, rambut uban, kebotakan corak lelaki atau alopecia, SMP boleh berfungsi dengan sangat baik dengan semua gaya.
HARGA RAWATAN MIKROPIGMENTASI KULIT KEPALA & DI MANA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI DI MALAYSIA?
Jika anda perlu melengkapkan prosedur pemulihan rambut atau rawatan keguguran rambut yang memberikan hasil semula jadi, dengan hasil yang terjamin dan tidak invasif, maka rawatan mikropigmentasi kulit kepala adalah yang anda cari! Prosedur SMP dikawal di bawah piawaian estetik yang ketat. Disamping itu, prosedur mikropigmentasi kulit kepala kami sangat berpatutan dan merupakan rawatan yang selamat untuk semua individu.
Wakil khidmat pelanggan kami sentiasa bersedia dari 8 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap hari untuk menjawab pertanyaan atau membuat temujanji untuk anda. Rawatan mikropigmentasi kulit kepala ini HANYA disediakan di Premier4Him Mont Kiara.
Premier4Him bukan sahaja pakar dalam perkhidmatan keguguran rambut dan pertumbuhan rambut, tetapi kami juga memberi tumpuan kepada khidmat kesihatan lelaki. Sebagai sebuah klinik kesihatan seksual lelaki, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan dari pembesaran zakar, khatan ZSR hingga penyakit kesihatan lelaki lain termasuk pil pencegahan HIV. Kunjungi cawangan kami yang lain di sekitar KL untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih mendalam!
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:
WhatsApp/Hubungi: +6010-662-1332/ +6012-773-2074
Emel: contactus@premier-clinic.com